<?xml version="1.0" encoding="utf-8" ?><Search><Pages Count="65"><Page Number="1"></Page><Page Number="2">sari pustaka bil 4/2011 1         ulasan buku  zainah moktar awet muda : 7 rahsia kesihatan holistik johor bahru : penerbit utm press, 2011. 241ms. isbn 978-983-52-0767-9   ulasan   awet muda: 7 rahsia kesihatan holistik merupakan karya yang diterbitkan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat semua umat manusia sejagat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.  buku ini memfokus kepada program awet muda melalui penjagaan kesihatan secara bersepadu merangkumi perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. selain itu, ianya memberi penekanan kepada minda separa sedar, memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan oleh rasulullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik menerusi pemugaran minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual dan pengawalan tekanan. melalui buku ini, penulis menggariskan tujuh (7) rahsia untuk menjadi awet muda.  rahsia pertama untuk mencapai tahap kesihatan yang holistik adalah melalui</Page><Page Number="3">sari pustaka bil 4/2011 2 persiapan minda. penulis menjelaskan bahawa pencapaian kita dalam sesuatu bidang adalah bergantung kepada cara berfikir, kepercayaan dan minda yang positif yang sentiasa ingin berjaya. kegagalan yang dialami perlu dijadikan sebagai pengajaran dan panduan serta semangat untuk terus mencapai cita-cita. penulis turut membincangkan dengan terperinci persoalan minda separuh sedar dan minda sedar dalam perkaitannya untuk kesihatan awet muda.   rahsia kedua ialah tentang pengawalan stres atau tekanan yang sering dialami manusia dalam segenap segi sama ada fizikal, mental, emosi atau psikologi. penulis turut memperjelaskan definisi stres pada awal bab serta akibatnya. kesan tekanan terhadap badan dan otak, dan ditambah pula dengan pengamalan tabiat buruk akan mempercepatkan proses penuaan. kesan tekanan terhadap penuaan dijelaskan secara saintifik dan agama beserta bukti kajian untuk difahami. turut dijelaskan tatacara untuk mengawal tekanan bagi mendapat ketenangan hidup yang diimpikan.  pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh. menurut penulis, cara hidup yang sihat memerlukan pengambilan air semula jadi seperti air zam-zam. selain mengenai keberkatan air zam-zam, turut juga dihuraikan kandungan mineral semulajadi di dalamnya dan khasiat kepada manusia sebagaimana hadis berkenaan dengan air zam-zam. selain itu, penulis menyenaraikan keperluan air kepada badan, simptom-simptom badan kekurangan air serta minuman yang perlu dielak serta patut diambil sebagai panduan kepada semua pembaca dalam menjalani kehidupan yang sihat.  rahsia keempat adalah berkaitan dengan amalan pemakanan yang seimbang dalam konteks agama dan juga saintifik. melalui bab ini, penulis membuat perbandingan corak pemakanan masyarakat dahulu dengan masyarakat moden hari ini. perbandingan ini ditunjukkan melalui carta pai serta gambar-gambar untuk memudahkan pemahaman. penulis menyenaraikan juga makanan-makanan yang boleh diambil mengikut sukatan yang tepat serta piramid pemakanan awet muda untuk  rujukan para pembaca.  rahsia kelima ialah melalui aktiviti senaman yang amat perlu untuk memastikan</Page><Page Number="4">sari pustaka bil 4/2011 3 mekanisma tubuh berfungsi dengan sebaiknya. turut dibincangkan jenis-jenis senaman yang sesuai serta kebaikannya beserta gambar-gambar yang menunjukkan kaedah atau tatacara senaman yang bersesuaian untuk panduan pembaca. selain itu, senaman yang berlebihan akan menyebabkan proses penuaan menjadi cepat dan ini tidak elok untuk kesihatan.   rahsia keenam ialah keperluan makanan tambahan bagi menampung kekurangan bahan seperti vitamin, serat dan mineral yang diperlukan oleh badan. sebagai contoh, disenaraikan vitamin-vitamin serta peraturan pengambilannya.   rahsia terakhir sekali ialah tentang penjagaan kulit. peranan kulit juga disenaraikan dalam buku ini berserta dengan gambar dan jenis, ciri serta tugas setiap lapisan kulit untuk pengetahuan pembaca. penulis menjelaskan bahawa faktor penyebab berlakunya perubahan atau pertukaran kulit kepada berkedut, geleberan dan tompok hitam adalah 90% berpunca daripada sinaran matahari. akibatnya, seseorang itu tampak tua dari usia sebenar. dalam bab ini turut dijelaskan cara-cara mengatasi kulit kering, kulit kasar, kulit menipis, dan kulit suram. setiap hujahan disertakan gambar-gambar sebagai panduan kepada pembaca melakukan transformasi kepada corak hidup asal kepada gaya hidup sihat yang lebih baik.  buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang mementingkan gaya hidup sihat secara total.     pengulas:   noor adila abdu alojid @ ghazi penolong pengarah bahagian perkhidmatan digital perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="5">sari pustaka bil 4/2011 4         ulasan buku  maxwell, john c. berubah untuk berjaya kuala lumpur : pts professional pub. 2011, 98ms. isbn 978-967-369-092-3    ulasan   buku berjudul how successful people think merupakan bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca oleh para remaja dan golongan dewasa. buku ini diterjemahkan ke bahasa malaysia oleh adlie syamsudin samsudin daripada judul buku terlaris, tulisan john c. maxwell.  pengarang sememangnya pakar terkemuka dalam bidang kepimpinan di amerika syarikat. beliau pernah berkongsi prinsip-prinsip kepimpinannya dengan syarikat-syarikat dan juga organisasi-organisasi terkemuka seperti fortune 500, akademi tentera amerika syarikat di west point, ncaa (persatuan atletik kolej kebangsaan amerika), nba (persatuan bola keranjang kebangsaan amerika) dan nfl (liga kebangsaan american football). maxwell mengasaskan beberapa organisasi, termasuk maximum impact, yang bertujuan membantu individu mencapai potensi kepimpinan mereka. beliau juga merupakan pengasas syarikat equip dan injoy</Page><Page Number="6">sari pustaka bil 4/2011 5 stewardship service.  buku tulisan beliau, berjudul how successful people think terbitan pts professional publishing sdn. bhd. ini sesungguhnya adalah sebuah buku yang menarik untuk dibaca. buku ini mengajar kita tentang cara melihat kehidupan dari sudut pandangan yang lebih luas sambil memfokuskan pemikiran-pemikiran bagi mencapai kejayaan. buku ini membongkar cara penggunaan pemikiran kreatif, membangunkan idea dan belajar daripada pengalaman. semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya. menguasai pelbagai teknik berfikir mampu merevolusikan hidup dan kerja ke arah yang lebih baik.  buku ini berkonsepkan self-improvement’ dan menggariskan 11 teknik berfikir yang telah diamalkan oleh mereka yang berjaya. antara topik-topik yang dibincangkan adalah berfikir secara ‘big-picture’, berfikir dengan fokus, berfikiran kreatif, berfikiran secara realistik, menggunakan pemikiran strategik, menerokai ‘possibility thinking’, belajar daripada pemikiran reflektif, persoalkan pemikiran popular, manfaat ‘shared thinking’, amalkan ‘unselfish thinking’ dan bergantung harap pada ‘bottom-line thinking’.  berpandukan 11 rahsia pemikiran sebagaimana disebutkan di atas, pembaca akan dapat melihat dengan lebih jelas jalan menuju kejayaan. pembaca diajak untuk berfikir seperti orang yang berjaya kerana untuk menjadi insan berjaya, kita seharusnya dapat berfikir seperti mereka yang telah berjaya merevolusikan kehidupan dan berkerja dengan lebih baik.  melalui teknik big picture’ pembaca diajar supaya berfikir secara serius dan menyeluruh kerana ia mampu memberikan kematangan kepada buah fikiran kita. antara ciri-ciri individu yang berfikir secara big picture’ adalah mereka yang sentiasa belajar, mendengar dengan tekun, berpandangan jauh dan orang yang tahu memanfaatkan kehidupannya. pengarang turut menekankan tentang kepentingan berfikir secara big picture’ iaitu membolehkan kita untuk memimpin, menetapkan halatuju, melihat sesuatu secara menyeluruh, dapat memupuk semangat kerjasama dan meneroka perkara-perkara baru.</Page><Page Number="7">sari pustaka bil 4/2011 6 di dalam setiap bab, pengarang telah cuba membuka minda pembaca dengan menjelaskan definisi tentang teknik-teknik pemikiran yang dimaksudkan, kepentingannya, sebab-sebab mengapa kita patut berfikir seperti itu di samping menyelitkan beberapa contoh yang sesuai melalui kaedah penceritaan. pengarang juga memberi idea tentang bagaimana membentuk kemahiran berfikir seperti itu. di akhir setiap bab, pengarang akan memberi kesimpulan tertentu supaya pembaca dapat mengambil intipati serta iktibar dari apa yang telah dipelajari.  buku ini turut membantu menaikkan motivasi pembaca melalui cerita-cerita yang disediakan dalam setiap bab. di akhir buku ini, pengarang juga tidak lupa berkongsi lima mutiara kata yang amat berguna serta boleh dijadikan sebagai perangsang untuk terus maju dan berjaya.   buku ini disarankan untuk bacaan sesiapa sahaja tidak hanya khusus kepada para pemimpin, pengurus atau pemilik syarikat. menerusinya, kita akan dapat belajar banyak perkara baru dalam melahirkan buah fikiran yang bernas bersesuaian dengan situasi yang berlainan.     pengulas:   zahuddin sidek @ salleh penolong pengarah kanan bahagian pembangunan kandungan perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="8">sari pustaka bil 4/2011 7         ulasan buku  tracy, brian focal point mencari titik fokus kehidupan. ed. bahasa melayu batu caves , selangor : pts professional pub., 2011. 212ms. isbn 978-967-369-112-8   ulasan     apakah rahsia tanda ’x’ dalam mencapai sesuatu kejayaan? brian tracy di dalam bukunya yang bertajuk focal point: mencari titik fokus kehidupan mencungkil rahsia kejayaan melalui tanda ’x’ yang membawa maksud titik fokus.  brian tracy mengilustrasikan satu-satunya prinsip penting bagi kejayaan, pencapaian dan kebahagian adalah dengan mengetahui titik fokus dalam lingkungan kehidupan kita. buku yang mengandungi 12 bab ini adalah pengalaman peribadi dan kajian terperinci dalam dunia perniagaan dan digabungkan dengan tabiat dan tingkah laku manusia. buku ini adalah sintesis idea dan strategi terbaik untuk pengurusan peribadi dalam satu pelan yang mudah digunakan serta menunjukkan kepada pembaca cara mengatur dan memudahkan kehidupan kita demi keseimbangan dan ketenangan fikiran.  penulis mengupas cara untuk memperbaiki kualiti hidup dan mencapai kejayaan</Page><Page Number="9">sari pustaka bil 4/2011 8 dengan menumpukan kekuatan pada saluran tertentu. melalui formula titik fokus, pembaca akan dapat menggandakan produktiviti yang meliputi pendapatan dan waktu rehat secara serentak. pembaca juga didedahkan dengan cara untuk memudahkan kehidupan dengan membuat pilihan yang bijak serta tepat kepada potensi dan peluang yang ada.   penulis turut menggarapkan cara memanfaatkan keupayaan berfikir, keupayaan membuat keputusan dan mengambil tindakan. ini kerana sesuatu perkara yang berlaku dan daya pemikiran kita adalah titik permulaan kepada kejayaan yang akan dikecapi. penulis turut menyentuh bagaimana keupayaan berfikir, merancang, mengambil keputusan dan bertindak dapat menentukan seluruh perjalanan hidup kita.   cara menyemarakkan perniagaan dan kerjaya dengan mengenalpasti perubahan dalam bidang yang diceburi, persaingan yang semakin banyak dan peluang-peluang yang lebih meluas turut dihuraikan.  kepentingan kemahiran sosial atau perhubungan antara manusia turut dihuraikan oleh penulis. hasil kajian menunjukkan kemahiran sosial memberi impak yang lebih besar kepada kejayaan seseorang berbanding keupayaan intelektual, pendidikan dan pengalaman sekaligus dapat mengembangkan pelbagai jenis keperibadian yang disenangi dan meningkatkan kualiti kehidupan diri sendiri serta keluarga.  buku ini turut menghuraikan cara untuk mencapai kebebasan kewangan kerana masalah kewangan mengganggu emosi, kehidupan dan kesihatan manusia. orang yang berjaya dari segi kewangan adalah orang yang mempunyai perspektif dan perancangan jangka panjang. mereka ini mengatur aktiviti harian mereka secara konsisten dengan matlamat jangka panjang yang ingin dicapai.  penulis turut menerangkan kepentingan menikmati kesihatan dan kecergasan yang hebat dalam menjalani kehidupan seharian untuk mencapai matlamat yang diimpikan.  tahap fizikal yang baik juga berkemungkinan merupakan salah satu faktor untuk melanjutkan usia kita.</Page><Page Number="10">sari pustaka bil 4/2011 9 penulis juga menghuraikan mengenai pencapaian potensi diri sepenuhnya yang mana ianya adalah sebagai penggerak untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan malahan berkemungkinan mencapai lebih dari apa yang dijangkakan.    bagaimana kejayaan yang telah kita kecapi mampu mengubah komuniti kita turut dikupas oleh penulis. kemahiran dan potensi diri yang dimiliki boleh disumbangkan kepada orang ramai dan juga dapat diterapkan kepada generasi baru.  aspek spiritual dan ketenangan jiwa turut dibentangkan oleh penulis kerana ketenangan jiwa hanya dapat dicapai apabila kita berpuas hati dan berasa gembira dengan diri kita dan kesejahteraan manusia adalah ketenangan jiwa. faktor ini adalah merupakan pendorong kepada kejayaan seseorang.  pengakhiran buku ini, penulis juga menyenaraikan sebanyak tujuh panduan bagi mencapai kejayaan pada abad ke-21 ini. panduan ini adalah berdasarkan pengajaran yang beliau perolehi dalam tempoh lebih 30 tahun mengkaji individu-individu yang berjaya.   kesimpulannya, buku ini sesuai untuk individu yang ingin mencari titik fokus (focal point) kehidupan dengan mengaplikasi proses titik fokus ini. idea brian tracy terbukti berkesan dalam mencetuskan aura dan perubahan positif yang dapat memudahkan hidup, menggandakan produktiviti dan mencapai matlamat kita.     pengulas:   shazlin azlin shaharudin shah penolong pengarah bahagian pengurusan perkhidmatan perdana perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="11">sari pustaka bil 4/2011 10         ulasan buku  ahmad zaki ismail formula usahawan berjaya kuala lumpur : utusan publications &amp; distributors, 2011. 281ms. isbn 978-967-61-2473-9  ulasan   buku ini diterbitkan sebagai rujukan kepada para usahawan untuk mencapai kejayaan menerusi amalan perniagaan yang beretika, proses-proses asas permulaan dan aspek penting bagi mengelak risiko negatif akibat kekurangan maklumat. buku ini ditulis berdasarkan garapan pengalaman penulis lebih daripada 15 tahun dalam bidang ini untuk paparan pengguna menghadapi kejayaan atau jatuh bangun di dalam perniagaan. formula usahawan berjaya memaparkan pelbagai ciri penting yang perlu dikenalpasti oleh setiap individu yang berhasrat untuk menceburi bidang keusahawanan. semua orang boleh menjadi usahawan. namun, tidak ramai usahawan yang dapat mengekalkan komitmen dalam sesuatu industri yang diusahakan. terdapat empat persoalan utama yang merangkumi keseluruhan perbincangan yang diketengahkan dalam buku ini iaitu; - kenapa perlu berniaga? - apakah perbezaan dan persamaan antara usahawan dan peniaga? - apakah ciri-ciri kejayaan usahawan?</Page><Page Number="12">sari pustaka bil 4/2011 11 - mengapakah usahawan perlu beretika?   dari kupasan perbincangan buku ini dapat membimbing bakal-bakal usahawan dari permulaan berniaga hingga ke peringkat keusahawanan berjaya yang berlandaskan etika dan jati diri. buku ini juga menyoroti ketokohan 14 individu tempatan yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang keusahawanan yang diterokai. menerusi bab 11 “usahawan yang diteladani”, banyak iktibar boleh diperolehi dan banyak teladan patut dicontohi. untuk mencapai kejayaan ia perlu diiringi pengorbanan, ada yang dihimpit kesulitan dan tidak kurang dihambar dugaan. namun berkat usaha gigih yang berterusan, maka kejayaan dapat dikecapi oleh tokoh-tokoh usahawan tersebut. 14 tokoh-tokoh usahawan tempatan bersedia berkongsi pengalaman pahit maung yang mereka tempuhi sebelum mencipta kejayaan. tokoh yang dikagumi adalah kegigihan 2 orang tokoh usahawan iaitu tan sri syed mokhtar al-bakhary (usahawan multiniaga jutawan asia) dan irfan khairi (jutawan muda perniagaan internet).  penulis juga turut menyediakan lampiran mengenai proses dan panduan yang dapat membantu bakal-bakal usahawan dalam memulakan perniagaan dan juga bagaimana untuk mendapatkan bantuan pembiayaan iaitu seperti jenis- jenis permit/lesen/kelulusan untuk menjalankan perniagaan di malaysia, senarai dan skim pembiayaan dan bantuan kewangan mengikut kumpulan sasar dan agensi dan senarai dana untuk keusahawanan mengikut agensi dan jumlah peruntukan.  sesiapa sahaja yang menghadapi kemusykilan tentang selok belok dunia keusahawanan maka buku ini amat sesuai untuk rujukan dan panduan. penulisan buku ini dibuat menggunakan bahasa yang mudah tanpa menggunakan istilah-istilah yang terlalu ilmiah supaya mudah difahami dan dihayati bersama.       pengulas:   norlida shuib penolong pegawai perpustakaan kanan bahagian pembangunan sumber manusia perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="13">sari pustaka bil 4/2011 12         ulasan buku  windura, tonny kuasai bisnes dengan peta minda batu caves, selangor : pts professional pub., 2011. 172ms. isbn 978-967-369-073-2  ulasan   tema buku ini adalah cara-cara menggunakan peta minda bagi mencipta sesuatu bidang terutamanya bagi mengembangkan bisnes atau perniagaan dan lain-lain. penggunaan peta minda dapat menyumbangkan kreativiti yang tidak terbatas bagi penyelesaian sesuatu bisnes. tujuan penulis menulis buku ini adalah untuk membongkar rahsia bagaimana syarikat-syarikat gergasi dunia mencapai tahap cemerlang di dalam sesebuah bisnes mereka di tahap kualitatif dan kuantitatif yang tinggi. jatuh dan bangun sesebuah bisnes adalah perkara klise yang sering mereka alami. walau bagaimanapun, mereka telah menggunakan formula baru yang berkonsepkan peta minda bagi mencipta dan menjana idea-idea baru bagi mengembangkan empayar perniagaan masing-masing. syarikat-syarikat gergasi dunia yang menggunakan formula peta minda ini adalah seperti hsbc, hp, boeing, bp, barclay’s, disney dan perusahaan besar fortune 500 serta lain-lain.  penulis mengkaji teknik peta minda yang telah dicipta oleh tony buzan, pakar</Page><Page Number="14">sari pustaka bil 4/2011 13 pengembangan otak, kreativiti dan pendidikan pada awal 1970-an. buzan telah mengarang lebih daripada 95 buah buku tentang peta minda dan cara mengoptimumkan penggunaan otak. beliau adalah pemegang rekod skor creativitiy iq atau cq tertinggi dunia berdasarkan ujian kreativiti, torrance tests of creative thinking (ttct). buku ini mengandungi pelbagai topik yang membantu pembaca bagi memahami penggunaan peta minda dalam melakukan sesuatu kerja. antara topik-topik yang dibincangkan adalah kehebatan peta minda, bagaimana otak kita bekerja, bagaimana otak kita berfikir, peta minda sebagai penyelesaian wajib dalam kreativiti berfikir, bagaimana membuat peta minda, prinsip grafik peta minda, teras perancangan perniagaan, cara membuat note-taking, penyampaian berkesan, membuat peta minda kumpulan dengan teknik brainstorming dan pengurusan mesyuarat, messy mind map, kebebasan pengurusan masa dan membuat peta minda diri kita.  penulis menggunakan beberapa contoh peta minda bagi membantu pembaca memahami cara penggunaan peta minda dalam mengembangkan sesuatu idea. peta minda yang ditunjukkan adalah mengenai aspek kehidupan, kerjaya, dan yang paling utama di dalam tajuk ini adalah aspek perniagaan. peta minda adalah berkait rapat dengan kreativiti dan sangat diperlukan dalam industri perniagaan dan karier. kreativiti adalah aset yang penting di samping modal dalam membangunkan sesebuah perniagaan.  corak penulisan yang berbentuk analisis menggambarkan penulis ingin menonjolkan peranan peta minda dalam mengembangkan perniagaan. idea atau kreativiti lahir apabila dikembangkan melalui saluran yang betul iaitu dengan penggunaan peta minda. maklumat-maklumat yang diperolehi hasil daripada pengembangan peta minda dapat diserap dan digunakan. penulis menekankan kualiti yang diberikan perlulah sesuai dengan gambaran fikiran orang lain tetapi bukan dari kotak fikiran diri sendiri.  prinsip asas peta minda adalah mudah iaitu dengan menggunakan sehelai kertas, pen berwarna-warni, tentukan topik utama yang difikirkan, buat pusat peta minda berupa gambar dan tajuk peta minda, bermula di tengah-tengah kertas, buat cabang-cabang utama terdiri daripada idea pokok pemikiran kita yang tergambar keluar dari pusat peta minda, mengembangkan setiap cabang utama dengan cabang-cabang yang berisi idea</Page><Page Number="15">sari pustaka bil 4/2011 14 lain yang relevan. selain itu, gunakan hanya kata kunci bagi menulis setiap idea di atas setiap cabang tersebut dan gunakan banyak gambar dan warna pada peta minda. contoh bagi menghasilkan peta minda adalah dengan membuat perancangan seperti langkah-langkah yang diberikan. langkah pertama ialah hendaklah membuat sebuah pusat peta minda dengan gambar dan tajuk. sebagai contoh sebuah mesyuarat dengan gambar orang yang duduk bersama di sebuah meja dan diberikan tajuk ‘mesyuarat’.  kaedah brainstorming adalah sangat berkesan dalam penghasilan peta minda dan merupakan teknik diskusi yang efektif bagi mengeluarkan idea-idea baru dalam mencari penyelesaian perniagaan yang kreatif. syarikat-syarikat kebiasaannya menggunakan kaedah brainstorming berkumpulan jauh lebih efektif apabila disertai oleh staf daripada jabatan atau unit yang berbeza-beza. menerapkan peta minda bagi diri sendiri boleh dilakukan dalam setiap aktiviti berfikir seperti perancangan perniagaan, mengambil nota, menyiapkan pembentangan, dan mengurus waktu. kaedah membuat peta minda yang berkesan dengan penggunaan pelbagai pen dengan warna yang berbeza adalah prinsip yang perlu diteruskan.   buku ini sesuai untuk individu-individu yang memerlukan motivasi dalam perniagaan. selain itu, pelajar-pelajar universiti dan para remaja yang ingin memulakan langkah pertama dalam perniagaan dan memajukan diri dalam bidang perniagaan turut digalakkan untuk membaca buku ini. buku yang berteraskan perkembangan idea dalam perniagaan ini merupakan bacaan santai yang dapat memberikan impak positif dalam memulakan langkah perniagaan yang pertama.     pengulas:   noor hazwani warrmal penolong pengarah bahagian pembangunan sumber manusia perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="16">sari pustaka bil 4/2011 15         ulasan buku  tee, mohd ridhuan abdullah masih adakah ketuanan melayu? kuala lumpur : utusan publications &amp; distributors, 2011. 255ms. isbn 978-967-61-2466-1  ulasan   buku ini merupakan buku yang harus dibeli dan dibaca oleh masyarakat negara kita khususnya orang melayu. sejak akhir-akhir ini, terdapat beberapa pihak telah menyentuh hak-hak istimewa orang melayu, malah terdapat juga orang melayu yang mula mempersoalkan isu ketuanan melayu dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.   buku ini mengandungi 31 bab dan 255 muka surat adalah himpunan tulisan penulis di akhbar mingguan malaysia dan juga merupakan sambungan kepada buku beliau yang terdahulu bertajuk nasib melayu di bumi melayu. beberapa aspek yang disentuh adalah seperti kerakusan golongan ultrakiasu yang semakin mendabik dada untuk mencabuli hak-hak keistimewaan orang melayu tanpa mempedulikan perasaan orang melayu di bumi melayu, hubungan antara kaum melayu dan bukan melayu, pendidikan kebangsaan dan pendidikan vernakular, martabat bahasa melayu dan sebagainya.  keseluruhannya, buku ini banyak membincangkan tentang soal kedudukan politik</Page><Page Number="17">sari pustaka bil 4/2011 16 pada hari ini yang banyak mempengaruhi sesuatu keadaan seperti sistem pendidikan yang terlalu terbuka sehingga membuka ruang kepada mereka yang berpengaruh untuk mengubah sistem pendikan yang sedia ada. debat demi debat diaturkan bagi memuaskan hati mereka yang masih lagi tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan hari ini. pendidikan tidak sepatutnya menjadi mainan politik untuk mendapat tempat di hati rakyat, tetapi ia perlu dilihat sebagai suatu mekanisma yang boleh menyatukan bangsa demi menjayakan gagasan 1malaysia!  isu-isu perundangan dalam perlembagaan yang dipertikaikan oleh sesetengah pihak seolah-olah tidak memahami perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan sehingga menuntut hak sama rata juga turut dikupas dengan terperinci. persoalan yang ditimbulkan seperti isu ketuanan melayu, penggunaan dana bagi perkembangan agama islam yang dipersoalkan oleh kaum lain turut dibincangkan dengan lebih jelas. toleransi yang telah diamalkan sekian lama kepada kaum lain dalam menjalankan aktiviti keagamaan sehingga dilihat semakin berleluasa tanpa mengira sensitiviti agama islam yang menjadi agama rasmi negara.  selain itu, penulis turut tidak bersetuju dengan perbahasan semasa wacana peradaban bahasa melayu yang diadakan pada 15 februari 2010 kerana perlembagaan persekutuan pada perkara 152 telah menyatakan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana telah pun menjadi asas atau dasar negara sejak dari mula lagi. tidak dinafikan bahasa inggeris juga penting dalam menghadapi era modenisasi dan globalisasi pada hari ini, tetapi perlu diingat bahasa inggeris bukanlah suatu penandaaras yang menjadikan sesebuah negara itu maju tapi ia adalah faktor sampingan. mengambil contoh, perancis dan jepun yang masih lagi mengamalkan bahasa ibunda mereka, namun dapat membuktikan bahawa negara mereka mampu menjadi sebuah negara maju. orang melayu hari ini perlu bangkit demi mempertahankan bahasa melayu yang telah menjadi darah daging mereka kerana bahasalah melambangkan bangsa!   pelbagai kajian telah dijalankan dan penulis telah menghidangkan banyak fakta-fakta sejarah yang mesti diketahui dan difahami oleh semua rakyat malaysia khususnya orang melayu. buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak termasuk ahli</Page><Page Number="18">sari pustaka bil 4/2011 17 akademik, para pelajar di institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang ingin mencari kebenaran dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan ketuanan melayu.      pengulas:   mazidah abd rahman penolong pengarah bahagian pembangunan sumber manusia perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="19">sari pustaka bil 4/2011 18         ulasan buku  baharits, adnan hasan shalih mendidik anak lelaki kuala lumpur : pts millennia, 2011. 496ms. isbn 978-967-0142-22-7  ulasan   buku mendidik anak lelaki adalah buku yang diterjemahkan daripada buku asal yang berjudul didik anak laki-laki oleh adnan hasan shalih baharits terbitan penerbit gema insani. buku ini sangat berguna sebagai panduan kepada ibu bapa khususnya bapa dalam memberi perhatian dan bimbingan yang islamik secara berterusan kepada anak khasnya anak lelaki.   buku ini mengandungi lima bahagian yang menerangkan secara terperinci tentang konsep dan cara mendidik anak. penulis memulakan kupasannya dengan topik keistimewaan kedudukan bapa dalam islam. dalam bab ini, penulis menjelaskan tentang tanggungjawab bapa dalam membentuk institusi kekeluargaan sehingga menjelaskan tentang tanggungjawab bapa dalam mengajar dan mendisiplinkan anak-anak.   penulis turut memperihalkan tentang tanggungjawab bapa dalam memberi pendidikan</Page><Page Number="20">sari pustaka bil 4/2011 19 kepada anak-anak, yakni penulis memberikan beberapa strategi yang dapat digunakan oleh bapa dalam mendidik akhlak anaknya, termasuklah strategi akhlak kepada tuhan, nabi dan rasul, sesama manusia, akhlak kepada orang islam, bukan islam, syaitan dan juga haiwan. penerapan akhlak yang baik adalah amat penting dalam didikan kepada anak-anak ketika mereka masih di usia muda supaya kelak ibu bapa tidak menghadapi kesukaran untuk membimbing mereka di usia dewasa. akhlak yang bersumber daripada quran dan sunah merupakan akhlak yang pastinya terbaik dalam didikan anak-anak.   penulis turut menggarapkan beberapa peranan bapa sebagai individu yang bertanggungjawab sepanjang proses membimbing anak lelaki mereka dalam pendidikan berfikir. pendidikan berfikir bukan sahaja dapat mengukuhkan keyakinan islam, tetapi bertujuan membentuk pemikiran islam dalam diri anak. dalam bahagian ini juga, penulis mengemukakan beberapa teknik pendidikan berfikir yang dapat diterapkan dalam rangka mewujudkan pendidikan peribadi muslim yang sempurna. antara teknik-teknik yang boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan keupayaan intelektual anak adalah seperti teknik memberi nasihat, mengajar bahasa, mengajar anak membaca dan menulis, kisah dan cerita, serta teknik berfikir mengenai alam.   selanjutnya, penulis mencetuskan huraian mengenai tanggungjawab bapa dalam pendidikan tubuh seorang anak lelaki. menurut penulis, seorang bapa perlu menjaga semua perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh. pendidikan tubuh adalah bertujuan menjaga kesihatan dengan cara mengembangkannya, menjaga dan mengarahkan potensi individu secara optimum supaya mampu mengembangkan tugas sebagai khalifah di muka bumi. oleh itu, aspek-aspek seperti adab makan, minum, tidur, bermain dan adab pakai yang sempurna serta yang bermanfaat perlu diatur dan dijaga dengan baik agar anak-anak dapat mempersiapkan kehidupannya di masa hadapan.   adalah menjadi suatu cabaran besar yang dilalui oleh bapa dalam mendidik anak lelaki pada zaman ini. anak-anak mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran  mereka. oleh yang demikian, bapa perlu berusaha mendidik anak-anak dengan aturan yang sebaiknya agar anak-anak tidak menyimpang daripada landasan ajaran islam.</Page><Page Number="21">sari pustaka bil 4/2011 20 dalam bahagian terakhir, penulis membahaskan beberapa permasalahan yang menjadi sebab penyimpangan anak-anak masa kini. juga dihuraikan beberapa penyelesaian sebagai panduan bapa untuk mendidik anak-anak dengan penerapan didikan islam.   buku ini amat sesuai sebagai bacaan keilmuan dan panduan ibu bapa dalam mendidik anak-anak terutamanya anak lelaki supaya anak-anak terdidik dengan sempurna dan melahirkan generasi muslim yang baik. petikan terjemahan ayat-ayat al-quran, sunah dan pendapat dari pakar psikologi dan sosiologi serta pendapat daripada pakar pendidikan turut diselitkan dalam buku ini sebagai contoh yang terbaik dalam mencari garis panduan dalam membentuk dan mendidik akhlak anak-anak.      pengulas:   che faizatul hanim mahmood penolong pegawai perpustakaan bahagian pembangunan kandungan  perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="22">sari pustaka bil 4/2011 21         ulasan buku  saiful izzuan hussain menjadi lebih bertuah batu caves, selangor : pts millennia, 2011. 119ms. isbn 978-967-0142-45-6  ulasan   buku ini mengupas dan menerokai tentang rahsia ‘tuah’. bagi membongkar rahsia tuah, penulisan dimulakan dengan persoalan apakah kehidupan yang kita pilih jika diberi antara dua pilihan? kehidupan pertama adalah lebih ke arah negatif yang mempunyai banyak buruknya. manakala kehidupan kedua adalah lebih menggembirakan yang mudah dan seakan-akan bebas daripada sebarang masalah.  tiga kisah berkenaan tuah yang terjadi dalam hidup manusia disertakan dalam buku ini. pertama, ialah mengenai warren buffet. apakah akan terjadi sekiranya beliau diterima masuk ke harvard business school? adakah beliau akan menemui mentor yang lebih baik? adakah beliau berjaya menjadi seorang pemegang saham terbesar dalam beberapa syarikat penting yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan di dunia seperti hari ini?   kedua, ialah mengenai barnett helzberg. tuah datang kepadanya. namun sekiranya</Page><Page Number="23">sari pustaka bil 4/2011 22 beliau mengambil keputusan untuk tidak menegur lelaki yang bernama buffet itu, adakah beliau berjaya menjual perniagaannya? jawapannya tentulah tidak. beliau berjaya kerana beliau menggunakan kesempatan tuah yang ada. beliau yang menjadi orang yang bertuah pada tempat dan keadaan yang betul. beliau menjadi ‘tuah’ kerana tuah itu datang. namun adakah keadaan ini boleh berlaku kepada semua orang?   ketiga, ialah mengenai alfred bandura. kisah pertemuan bandura dikaitkan dengan tuah. tuah sudah mempengaruhi hidupnya. keputusan kecil yang diambil mempertemukan jodohnya dengan isterinya dan mengubah keseluruhan hidupnya. ternyata tuah mempunyai kuasa dalam kehidupan seseorang. tuah mampu membuat seseorang menjadi kaya. tuah juga mampu membuatkan seseorang berjaya menemui pembeli sesebuah peniagaan. tuah juga turut berjaya membawa seseorang bertemu jodoh. jelas, semua orang mahu menjadi bertuah. semua orang mahu merasai kuasa tuah. ini kerana tuah mampu membawa kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup seseorang. buku ini menyediakan soalan dan skor bagi menyemak profil tuah seseorang serta mengupas tentang ciri-ciri personaliti khusus yang membuatkan mereka bertuah. hasil kajian mendapati, sebenarnya tuah mempunyai ciri-ciri khusus. dengan kata mudah, tuah boleh dicipta. perkara ini sudah terbukti dan diuji. penulis telah merungkai apakah itu tuah. tuah juga ada dikaitkan dengan kepercayaan, tuah juga mempunyai prinsip dan tuah juga mempunyai proses pembentukan. terdapat empat rahsia tuah telah dikenalpasti dan dikupas secara mendalam. ia adalah berkenaan dengan memaksimumkan peluang, mendengar pada isyarat tuah, jangkaan tuah dan kemampuan menukar nasib buruk kepada nasib baik.   selain itu, tip-tip mencipta rangkaian tuah juga diselitkan dalam buku ini. salah satu cara untuk menjadi tenang adalah dengan menggunakan konsep nlp. dewasa ini, kaedah nlp banyak digunakan dalam ceramah-ceramah motivasi kerana keberkesanannya. kaedah ini turut terdapat dalam buku ini. seseorang itu perlu mencipta pengalaman baru, mempercayai tuah akan kekal, perlu mencatat matlamat, membuang perkataan ‘saya tidak bertuah’, tidak berputus asa walaupun impian mereka kelihatan sukar, menjangkakan interaksi dengan orang lain yang membawa kejayaan dan tuah, melihat perkara yang positif daripada musibah, percaya musibah yang melanda hanya sementara, tidak terlalu memikirkan musibah yang lepas, dan</Page><Page Number="24">sari pustaka bil 4/2011 23 mengambil tindakan membina apabila musibah berlaku. salah satu cara lagi bagi mencipta tuah adalah dengan memiliki diari tuah. diari adalah tempat terakamnya idea, pengalaman dan kesimpulan dari peristiwa yang berlaku pada diri. ketahuilah tujuan penulisan diari tuah.  mudah untuk menjadi bertuah dan tidak bertuah. perkara yang diperlukan adalah kesanggupan mengaplikasikan disiplin diri dan mesti mempunyai karakteristik seperti orang yang bertuah serta perlu keluar dari zon selesa. tuah bukan ada secara semula jadi tetapi ia adalah sebahagian ciptaan seni sains yang halus tanpa kita sedari.      pengulas:   nor shamsinar baharom penolong pengarah bahagian perkhidmatan digital perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="25">sari pustaka bil 4/2011 24         ulasan buku  zul ramli m. razali r &amp; r di lebuh raya kehidupan petaling jaya : galeri ilmu, 2011. 360ms. isbn 978-983-097-288-6    ulasan   buku r &amp; r di lebuh raya kehidupan ditulis oleh zul ramli mohamed razali, seorang perunding motivasi dan pengendali latihan fokus pembangunan karektor, keupayaan dan kepimpinan insan di kiffah motivation &amp; training sdn. bhd. beliau  mendapat pendidikan di university of islamic studies karachi dalam bidang akidah dan dakwah. beliau juga giat mengendalikan program bagi jabatan kerajaan dan swasta di seluruh negara. beliau juga sering mengadakan ceramah dan forum di sekitar kuala lumpur, selangor, melaka, pahang dan johor serta sering dipanggil menjadi tetamu rancangan selamat pagi malaysia di rtm, al hidayah di tv3, ikimfm dan pahang.fm bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembinaan sahsiah, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta isu-isu semasa.  buku ini mengandungi 11 bab dan 360 halaman, dihasilkan setelah melalui perjalanan seribu kesukaran dan akhirnya dilontar untuk tatapan pembaca. penulis berkongsi secubit pengetahuan selaut rasa yang fokus kepada muhasabah diri sebagai</Page><Page Number="26">sari pustaka bil 4/2011 25 komponen sikap untuk melahirkan keseimbangan serta ketenangan di dalam kehidupan seharian kita dan amat sesuai dimiliki oleh setiap keluarga islam.  penulisan yang berbentuk santai ini amat mudah difahami dan menggunakan susunan bahasa yang amat sesuai dengan masyarakat kini iaitu bahasa yang santun dan penuh etika. sudah pasti buku ini akan dapat menarik pembaca untuk memilikinya.   penulis juga menjelaskan dalam menyusuri lebuh raya kehidupan ini, realitinya banyak cabaran yang akan ditempuhi dan kita perlu merenung kembali terhadap semua yang ada kaitan secara langsung dengan kita agar kita dapat menilai semula peranan dan tanggungjawab kita secara saksama. seterusnya menyusun langkah dan mara ke hadapan tanpa bertangguh sesungguhnya bertangguh bererti kita terus-terusan mengundang kepincangan dalam hidup.  penulis mengariskan sembilan (9) peranan dan tanggungjawab yang perlu dikawal oleh setiap individu mengikut keutamaan dalam usaha memperoleh titik keseimbangan dalam menyusuri lebuh raya kehidupan ini. semuanya bermula daripada diri sendiri yakni bagaimana seseorang itu membina dirinya sendiri, kemudiannya memelihara hubungan dengan allah s.w.t, rasulullah s.a.w, seterusnya hubungan dengan ibu bapa, dengan pasangan (suami/isteri), tanggungjawab kepada anak-anak, rakan, kerjaya dan akhirnya kepada masyarakat.   keberkesanan peranan dan tanggungjawab ini dibincangkan secara teliti oleh penulis melalui contoh-contoh yang berkaitan dengan aktiviti kehidupan seharian kita dan merujuk kepada firman allah s.w.t dan hadis rasulullah s.a.w. hujahan naqli dan aqli ini adalah merupakan kekuatan penulis dalam menghuraikan hujahannya supaya setiap individu memiliki kehidupan yang seimbang. menginsafi kelemahan diri dan mengekalkan perkara utama sebagai utama adalah amat penting kerana jika diabaikan akan membawa kepincangan di dalam diri, keluarga, rumah tangga, tempat kerja sehinggalah dalam masyarakat.   di bab akhir buku ini penulis turut menggariskan lapan (8) rahsia keseimbangan untuk kita renung bersama bagi mendapat ketenangan hakiki dalam hidup iaitu</Page><Page Number="27">sari pustaka bil 4/2011 26 kekalkan rasulullah s.a.w sebagai obor /hamba teladan, kuncilah segala amalan dengan niat yang tulus iaitu semata-mata kerana allah s.w.t, bersangka baik kepada allah terhadap diri sendiri, berdoalah tanpa henti demi kesejahteraan, berterusanlah dalam beramal, bersabarlah dalam semua yang kita kerjakan kerana sabar adalah anak tangga pendakian, berserahlah kepada allah kerana tawakal itu letaknya di permulaan, pertengahan dan pengakhiran usaha kita dan akhir sekali burulah keikhlasan dalam setiap amalan kerana di dalam ikhlas itulah tersembunyi rahsia kedamaian, kerehatan dan kepuasan hakiki dalam hati sanubari seorang insan.  akhir kalam, penulis mengajak pembaca memohon kepada allah s.w.t agar terus dibekalkan hidayah serta taufik-nya sehinggalah tiba ketentuan-nya. antara kata hikmah penulis: di setiap r&amp;r kita berhenti, bermuhasabah untuk mendapat kelegaaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.      pengulas:   meriyam abd aziz penolong pegawai perpustakaan kanan bahagian pembangunan sumber manusia perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="28">sari pustaka bil 4/2011 27        ulasan buku  alatas, syed alwi senyumlah kuala lumpur : galeri ilmu, 2011. 300 ms. isbn 978-983-097-306-7   ulasan   buku karya syed alwi alatas ini lebih berkisarkan tentang penerimaan dan penyelesaian masyarakat terhadap permasalah yang dihadapi dalam menghadapi kehidupan seharian. ia mengajak manusia memahami rahsia permasalahan hidup dan mengetahui bagaimana caranya untuk mengatasi masalah tersebut.  penulis mengupas bagaimana cara kita melihat masalah dan keadaan emosi yang bakal dihadapi dalam penerimaan sesebuah masalah? ianya lebih menceritakan persiapan emosi bagi menghadapi cabaran dan tidak selalu menyalahkan keadaan bagi sesuatu masalah yang menimpa serta menerima kekurangan yang terjadi pada diri mahupun pada orang lain. manusia harus menerima bahawa masalah ialah perkara yang sukar namun perlu difahami dan dihadapi serta emosi yang muncul ketika itu harus ditangani dengan baik kerana bakal mempengaruhi kehidupan dan kesihatan seseorang. pembaca juga seharusnya dapat memahami bahawa segala masalah yang timbul adalah sebahagian daripada ketetapan illahi dan masalah</Page><Page Number="29">sari pustaka bil 4/2011 28 tersebut meliputi pelbagai aspek kehidupan sama ada daripada aspek peribadi, kepemilikan atas benda-benda tertentu, hubungan dengan orang-orang yang dicintai serta cita-cita dan impian. ianya mendorong pembaca supaya kekal di jalan allah dan tidak kehilangan iman dan kekuatan rohaniah.  penulis turut mengajar pembaca tentang kaedah penyelesaian masalah. kesabaran boleh digunakan untuk menghadapi keadaan tidak menyenangkan untuk mencapai keadaan yang dicita-citakan. setiap masalah perlu diselesaikan dengan sabar agar tidak menjadi lebih buruk atau tidak terkawal. kita juga harus menerima segala ketentuan dengan sabar dan tanpa mengeluh sebaliknya melangkah ke hadapan dan biarkannya berlalu. untuk mencapai keadaan yang dicita-cita, strategi untuk mencapai keadaan tersebut haruslah ada agar tidak lagi menerima nasib yang sama.  penulis menyeru agar kita kembali kepada maha pencipta dalam meminta bantuan daripada-nya. usaha dan doa merupakan cara atau jalan yang paling berkesan dalam mengharungi cabaran hidup, namun ianya menagih kesabaran yang tinggi. kita seharusnya tidak berputus asa dan tidak mengeluh dalam meminta pertolongan dari-nya.   akhir kata, buku motivasi senyumlah ini, mengajar kita supaya lebih memahami masalah dan tidak lari daripada menghadapinya. ianya berkisar dari pelbagai aspek tentang kebaikan mahupun keburukan terhadap kehidupan kita dan mendidik kita supaya menjadi insan yang lebih tabah dan bijak menanganinya serta bersabar dalam mengharunginya. kaedah penyelesaian dan tindak balas kita terhadap masalah mahupun cabaran yang dihadapi merumuskan segala-galanya tanpa kita sedari, andai baik penerimannya, baiklah ia, andai buruk, buruklah ia. segala kesabaran kita dalam menghadapi setiap cabaran pastinya akan dihadiahkan dengan ganjaran.    pengulas:   rustira sukri penolong pegawai perpustakaan bahagian perkhidmatan digital perpustakaan negara malaysia</Page><Page Number="30">sari pustaka bil 4/2011 29           sinopsis buku    buku ini merupakan siri panduan untuk pembimbing dalam membantu kepulihan di kalangan penagih dadah. ia mengutarakan tujuh langkah-langkah yang menggunakan pendekatan agama islam sebagai asas kepada perjalanan kepulihan tersebut. langkah-langkah ini ialah penerimaan diri, penyerahan kepada allah s.w.t, mengenal diri dan mengaku kepada allah atas kesalahan yang telah dilakukan, bertanggungjawab membetulkan kesilapan diri, usaha dan tawakal, pengukuhan diri kepada allah, dan mengenal serta meningkatkan kepulihan diri. bab terakhir pula membicarakan secara konseptual berhubung dengan akidah, pembersihan jiwa dan konsep taubat dalam proses pengekalan kepulihan. penulis berhasrat agar buku ini dapat mencetuskan perubahan yang lebih bermakna di kalangan penagih dadah dan amat sesuai dijadikan panduan oleh kaunselor atau pegawai pemulihan dalam menjayakan usaha murni ini.    7 langkah kepulihan dalam penagihan : panduan untuk pembimbing nilai, negeri sembilan : penerbit usim, 2010. 81ms. isbn 978-967-5295-50-8</Page><Page Number="31">sari pustaka bil 4/2011 30          sinopsis buku    karya ilmiah ini mengetengahkan kepentingan penghayatan terhadap nama-nama allah swt yang indah dalam pembangunan modal insan yang berketerampilan. idea utama buku ini berdasarkan karya al-imam al-ghazali berjudul, al-maqsad al-asna fi sharh ma’ani asma’ allah al-husna yang menekankan keperluan manusia berakhlak dengan akhlak allah swt, sebagaimana yang tersirat dalam 99 nama-nama allah.  aspek pembangunan modal insan yang ditekankan dalam buku ini ialah dari aspek pembangunan ilmu dan sahsiah yang merupakan prasyarat utama kelayakan manusia untuk menjadi khalifah allah swt di bumi ini.  buku ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh semua pihak yang terlibat dalam penggubalan dasar berkaitan pendidikan akidah dan pembangunan modal insan berasaskan acuan islam, tetapi juga boleh dijadikan rujukan penting para pelaksana dasar pembangunan, penjawat awam dan pekerja swasta, pensyarah, guru, mahasiswa, pelajar dan masyarakat awam. buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan bagi fasilitator dan peserta program motivasi yang mengetengahkan kepentingan penghayatan al-asma’ al-husna dalam pembinaan karakter seseorang individu.    mohd fauzi hamat &amp; mohd hasrul shuhari al-asma’ al-husna dan modal insan kuala lumpur : penerbit universiti malaya, 2011. 181ms. isbn 978-983-100-523-1</Page><Page Number="32">sari pustaka bil 4/2011 31          sinopsis buku     rekreasi atau riadah menjadi antara satu aktiviti penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecergasan. riadah yang dilakukan secara berterusan dapat menguatkan tulang, melambatkan hakisan dan regangan otot serta mengurangkan masalah berkaitan sendi. buku ini dihasilkan atas kesedaran betapa pentingnya kesihatan dan amalan penjagaannya di kalangan orang dewasa dan warga tua. berbasikal tergolong dalam aktiviti kardio yang menyihatkan di samping memberi impak positif kepada kesihatan jantung dan stamina penunggangnya. buku ini mengandungi dua bahagian utama. setiap bahagian dipecahkan kepada beberapa bab mengikut kesesuaian. bahagian pertama membincangkan aspek kesihatan dan kecergasan secara umum, informasi yang perlu diketahui dan seni kayuhan dan motivasi diri. bahagian kedua pula merupakan catatan perjalanan penulis setelah terlibat dalam aktiviti ini semasa di dalam dan di luar negara.    ahmad ramli zakaria berbasikal untuk kesihatan dan rekreasi kajang, selangor : aras mega (m), 2011. 186ms. isbn 978-967-5275-36-4</Page><Page Number="33">sari pustaka bil 4/2011 32          sinopsis buku     buku ini membincangkan mengenai bimbingan dan kaunseling, khasnya pembimbing rakan sebaya dan merupakan satu catatan rekod berkaitan perkembangannya. ianya mempunyai erti yang sama dengan nama lain seperti ‘pembimbing sebaya’, ‘kaunselor sebaya’, ‘pembimbing pelajar’, ‘fasilitator sebaya’, ‘pembantu rakan’, ‘pembantu pelajar’, ‘penolong pelajar’, dan ‘pembimbing rakan’. buku ini memberikan definisi prs dan mengupas kepentingan rakan sebaya sebagai contoh teladan dalam menunjukkan perlakuan yang sihat dan diterima oleh masyarakat serta strategi untuk menolong pelajar yang bermasalah. penggunaan kajian kes dalam memberi contoh telah menjadikan buku ini mempunyai pengisian yang mantap dan padat. pemilihan pelajar sebagai anggota prs amat dititikberatkan dan garis panduannya telah dinyatakan oleh penulis. keperluan prs kepada sesebuah sekolah, institusi, pelajar dan masyarakat sekeliling perlu difahami sebelum melaksanakan penubuhannya. modul latihan beserta contoh aktiviti yang dimuatkan di bab 5 amat sesuai digunakan sebagai panduan. buku setebal 277 muka surat ini amat sesuai kepada kaunselor dan orang ramai serta individu yang berminat kepada bidang bimbingan dan kaunseling.       zuraidah abdul rahman boleh saya tolong anda? shah alam, selangor : marshall cavendish (m), 2011. 277ms. isbn 978-967-3035-86-1</Page><Page Number="34">sari pustaka bil 4/2011 33          sinopsis buku     buku ini mengandungi lapan bab perbincangan mengenai budaya niaga usahawan bumiputera dengan tumpuan kepada nilai dan etika keusahawanan dalam kalangan usahawan bumiputera di malaysia. aspek-aspek kajian yang difokuskan ialah ciri-ciri sikap seperti ciri kebebasan, ciri kejujuran, ciri berilmu dan berkemahiran serta ciri akauntabiliti. malaysia tidak akan maju dalam erti kata sebenar sekiranya kemajuan yang dicapai hanya menumpukan pembangunan fizikal.  pembangunan yang berpaksikan kekuatan moral dan etika sangat diperlukan untuk menjamin kelangsungan kemajuan ekonomi sesebuah negara. negara akan menghadapi kerosakan dalam masyarakat seperti gejala rasuah, penipuan, penindasan dan kerakusan dalam mengeksploitasi sumber ekonomi sekiranya kurang pengamalan etika. dari aspek sikap terhadap keusahawanan, usahawan bumiputera muslim yang profesional, sikap dan ciri peribadi usahawan yang selaras dengan ajaran islam perlu diterapkan.     buerah tunggak &amp; hussin salamon budaya usahawan berjaya johor bahru : penerbit utm press, 2011. 163ms. isbn 978-983-52-0772-3</Page><Page Number="35">sari pustaka bil 4/2011 34          sinopsis buku    farmakologi dadah merupakan salah satu disiplin ilmu dalam bidang perubatan. buku ini mengandungi  himpunan tajuk-tajuk kecil kursus farmakologi terhadap dadah-dadah dan bahan yang disalahgunakan berasaskan isu-isu penyalahgunaan dadah dalam konteks negara malaysia. terdapat 21 bab yang membicarakan prinsip-prinsip asas farmakologi dan pelbagai jenis dadah yang disalahgunakan termasuk bahan-bahan inhalasi. tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini telah disusun mengikut urutan dan ditulis dalam laras bahasa perubatan yang sengaja dipermudahkan untuk memudahkan pembaca meningkatkan kefahaman dalam bidang farmakologi. buku ini amat sesuai untuk kaunselor, pegawai pemulihan serta individu yang terlibat dalam kerja pemulihan dan rawatan sama ada menggunakan pendekatan psikososial, agama dan lain-lain modaliti rawatan serta pencegahan.     kamisah yusof ... [et al.] farmakologi dadah disalah guna bandar baru nilai : penerbit universiti sains islam malaysia, 2010. 175ms.  isbn 978-967-5408-13-7</Page><Page Number="36">sari pustaka bil 4/2011 35          sinopsis buku    buku ini ditulis sebagai panduan kepada pengguna kamera kompak dan kamera handfon untuk menghasilkan foto yang cantik dan menarik. melalui buku ini, pembaca dapat mempelajari teknik asas penggunaan kamera kompak dengan lebih mudah. begitu juga merakam foto menggunakan kamera handfon. buku ini memberikan tip-tip dan teknik-teknik penggunaan kamera kompak supaya hasil foto yang dirakam nampak jelas, menarik dan hebat. buku yang menjadi panduan lengkap cara penggunaan kamera kompak ini juga memberi penjelasan perihal pilihan kamera yang sesuai, fungsi kamera serta aksesori kamera kompak yang perlu diketahui oleh pengguna kamera kompak. turut dimuatkan di dalam buku ini juga adalah mengenai tip membeli kamera kompak, trik merakam foto yang menarik, tutorial mengedit foto digital. buku ini sangat menarik dengan versi warna untuk khalayak peminat fotografi tempatan.      foto hebat dengan kamera kompak batu caves, selangor : pts netmedia, 2011. 85ms. isbn 978-967-0185-11-8</Page><Page Number="37">sari pustaka bil 4/2011 36          sinopsis buku     era digital dan telekomunikasi telah mengubah persepsi masyarakat dunia akan keperluan memiliki telefon mudah alih. memiliki telefon bimbit android merupakan satu cara untuk melancarkan perjalanan kerja walau di mana anda berada. android memiliki beberapa kelebihan seperti sokongan format audio, multimedia yang pelbagai, multitouch, pelbagai pilihan aplikasi, aplikasi percuma dan juga sistem terbuka. sistem terbuka inilah yang menjadi kunci kepada perkembangan pesat android. keunggulan android adalah pada android marketplace. android marketplace memiliki puluhan ribu pilihan aplikasi yang mempunyai pelbagai jenis variasi, baik secara percuma mahupun berbayar. pembaca turut didedahkan dengan tip untuk memilih telefon bimbit android mengikut keperluan dan mengenalinya dengan lebih baik. penggunaan telefon bimbit android akan membawa pengguna menjelajah dunia internet melalui skrin dalam genggaman tangan sendiri. walau bagaimanapun, pengguna perlu log masuk ke akaun google dahulu supaya pengguna dapat memaksimumkan aplikasi android google. mudah, pantas dan hanya di hujung jari kita dapat meneroka dunia tanpa sempadan. buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama kepada yang meminati teknologi terkini.        hebatnya android batu caves, selangor : pts netmedia, 2011. 86ms. isbn 978-967-0185-15-6</Page><Page Number="38">sari pustaka bil 4/2011 37          sinopsis buku     buku ini adalah sebuah buku sejarah yang dihasilkan bagi memberi pemahaman kepada pembaca mengenai sejarah alam melayu. melalui buku ini, pelbagai tema dan persoalan yang berkisar tentang sejarah alam melayu dikumpulkan sebagai sebuah catatan sejarah bangsa melayu. buku ini telah dihasilkan bagi menjawab persoalan berkaitan isu-isu mengenai bangsa melayu agar semua masyarakat di malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan dapat mengetahui dan memahami sejarah alam melayu yang bersifat sejagat. penghasilan buku ini akan memberikan gambaran sebenar kepada pembaca tentang alam melayu secara global dan dapat menghayati serta memahami sejarah bangsa melayu dengan lebih tepat dan tidak disalah tafsirkan. melalui buku setebal 295 halaman ini, pembaca akan dapat memahami, menghayati dan seterusnya meningkatkan kefahaman berkaitan sejarah alam melayu.     isu-isu terpilih sejarah alam melayu : sumbangsih kepada profesor madya dr ahmad jelani bin halimi johor bahru : penerbit uthm, 2011. 296ms. isbn 978-967-545-757-9</Page><Page Number="39">sari pustaka bil 4/2011 38          sinopsis buku     dalam syariat islam, kedudukan seseorang ibu adalah sangat mulia dan terhormat. ibu memainkan peranan yang cukup penting untuk menghasilkan generasi yang hebat dan cemerlang. buku ini merupakan kompilasi himpunan rencana terpilih daripada majalah milenia muslim sebagai tauladan kepada pembaca. buku ini menampilkan tema kemanusiaan dan kekeluargaan yang berkaitan dengan hubungan antara anak dan ibu bapa. hal ini perlu diketengahkan kerana banyak kejadian yang dipaparkan melalui media seperti kes meninggalkan ibu bapa di hospital dan jalanan, menipu, memeras ugut, memukul dan yang lebih memilukan, membunuh orang tua. banyak kisah benar yang diceritakan dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan seterusnya menimbulkan keinsafan kepada pembaca supaya sentiasa memberi perhatian dan kasih sayang kepada ibu bapa.      jangan biarkan ibu menangis kuala lumpur : mmp communications, 2011. 148ms. isbn 978-983-3274-03-1</Page><Page Number="40">sari pustaka bil 4/2011 39          sinopsis buku     buku ini merupakan sebuah biografi tokoh negarawan allahyarham tun azizan zainul abidin yang boleh dijadikan tauladan dan inspirasi kepada rakyat untuk mencapai tahap kehebatan yang serupa allahyarham. buku ini dipenuhi dengan fakta yang sangat bernilai dalam sejarah malaysia dengan bahasa yang mudah difahami. buku ini menceritakan mengenai kisah kehidupan allahyarham dari kecil sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir sebagai seorang presiden petronas. rentetan pengalaman dan sumbangan allahyarham sepanjang hayat beliau sebagai seorang negarawan telah ditulis dengan terperinci. pelbagai peristiwa penting yang melibatkan allahyarham sepanjang beliau berkhidmat sebagai penjawat awam turut dimuatkan di dalam buku ini. buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pengalaman hidup allahyarham.    azam aris jiwa seorang negarawan : biografi tun azizan  zainul abidin subang jaya, selangor : crestime holdings, 2011. 448ms. isbn 978 983-44164-1-6</Page><Page Number="41">sari pustaka bil 4/2011 40          sinopsis buku     buku ini bertujuan membangkitkan kesedaran baharu bangsa melayu dan umat islam ke arah memperkasa ekonomi menerusi pendekatan institusi dan secara berorganisasi dengan menggunakan kaedah institusi islam. ia menganjurkan perniagaan diperjuangkan secara kolektif dan kreatif dengan mengadaptasi institusi korporat amanah seperti syarikat milik kerjaan (glc) dan institusi wakaf, dengan menjadikan waqaf korporat sebagai institusi barisan hadapan. sebagai contoh johor corporation (jcorp) telah berjaya sebagai sebuah badan korporat cemerlang yang diterajui anak bangsa yang juga tidak eksklusif kepada melayu-muslim. atas landasan jihad perniagaan, jcorp menjadi bukti nyata bagaimana sebuah organisasi perniagaan dan korporat milik kerajaan (glc) boleh berperanan sebagai institusi pembangunan dinamik dengan program pembaharuan berkesan dan luar biasa.      muhammad ali haji hashim khalifah ganti superman kuala lumpur : utusan publications &amp; distributors, 2011. 409ms. isbn 978-967-61-2516-3</Page><Page Number="42">sari pustaka bil 4/2011 41          sinopsis buku    buku ini membicarakan mengenai isu-isu semasa umat islam dalam membina tamadun islam yang cemerlang. penulis mengulas setiap isu tersebut dengan melihat realiti semasa dengan berpandukan al-quran dan sunnah serta pandangan sarjana muslim. buku ini membekalkan banyak pemikiran tokoh-tokoh islam yang lepas dan semasa untuk dijadikan panduan dalam menangani cabaran kekeliruan maklumat dan ilmu yang ditulis oleh sebahagian penulis islam semasa. antara kupasan menarik dalam buku ini seperti tradisi keilmuan islam dengan melihat peranan pengajian halaqah dan harapan malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan terutama dalam bidang pengajian islam.  penulis juga mengulas mengenai pembaharuan dalam konteks fiqah, hubungan kaum muslimin dan al-quran, kesenian, peranan pelajar agama terutama graduan al-azhar dan juga ciri-ciri kepimpinan berwibawa. buku ini mengandungi sepuluh bab utama yang mengupas mengenai isu-isu semasa umat islam dan juga pemerkasaan pemikiran islam. para sarjana muslim menyebutkan bahawa antara faktor utama kelemahan umat islam kini ialah krisis pemikiran. nukilan penulis ini sesuai dibaca oleh masyarakat yang ingin memahami isu-isu islam kontemporari.      mohd rumaizuddin ghazali membangun pemikiran islam dalam menghadapi cabaran zaman bandar baru nilai, negeri sembilan : universiti sains islam malaysia, 2011. 288ms. isbn 978-967-5295-59-1</Page><Page Number="43">sari pustaka bil 4/2011 42          sinopsis buku    buku yang berjudul mengangkasa modal insan : isu dan cabaran digarap dalam usaha meletakkan jati diri insan pada kedudukan yang tinggi dan mulia. apatah lagi hakikat dan martabat insan yang asalnya sudah memang tinggi, mulia dan hormat kedudukannya sama ada dari segi penciptaan dan tujuan mereka diciptakan. ia ingin menunjukkan betapa modal insan ini dapat dibangunkan dan diperkasakan ke satu tahap yang mulia dan tinggi sama ada dari segi lahiriah mahupun batiniah. buku ini juga dapat menyumbang terhadap pencambahan ilmu pengetahuan dalam kerangka ilmiah dan dapat menjana minda kearah pemahaman keilmuan yang lebih mantap terhadap isu pembangunan modal insan dalam melahirkan individu modal insan yang global dan produktif.      mengangkasa modal insan : isu dan cabaran kuantan : penerbit universiti malaysia pahang, 2011. 209ms. isbn 978-967-0120-08-9</Page><Page Number="44">sari pustaka bil 4/2011 43          sinopsis buku    islam merupakan satu agama yang memberi perhatian terhadap kesihatan. keutamaan sebagai muslim pula adalah untuk memelihara kesihatan tersebut. justeru, kesihatan yang dianjurkan meliputi skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spiritual, keturunan dan harta. menjaga kesihatan dalam islam bukan sekadar luaran sahaja, tetapi makanan rohani juga perlu dititikberatkan. jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa gersang. jiwa akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi kekosongan di dalamnya. kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika setiap muslim mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik. buku ini memberi panduan terhadap penyakit yang dihidapi dan kaedah perawatannya.  huraian dibincangkan secara terperinci, meliputi pelbagai jenis penyakit, sebab-sebab timbulnya penyakit, kaedah-kaedah mencegah penyakit, merawat dan mengubatinya bersesuaian dengan konsep islam dan kedoktoran.          mengenali penyakit : cara merawat kuala lumpur : progressive pub. house, 2011. 204ms. isbn : 978-967-0228-13-6</Page><Page Number="45">sari pustaka bil 4/2011 44          sinopsis buku     buku ini membincangkan persoalan modal insan dan pembangunannya ke arah kesejahteraan dan kelestarian tamadun insan secara kajian kuantitatif dan kualitatif. modal insan merupakan isu global yang sememangnya telah lama dibincangkan sejak zaman berzaman dalam pelbagai wadah dan wacana. ia menjadi isu yang perlu diberi perhatian yang serius bagi seluruh warga komuniti secara keseluruhan sama ada oleh pihak dalam negara atau luar negara mahupun komuniti antarabangsa. pelan pembangunan modal insan ini akan dilaksanakan secara komprehensif dan holistik merangkumi pemerolehan ilmu pengetahuan atau modal intelek, kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti keusahawanan, ict, pengetahuan sains dan teknologi di samping memperkukuhkan dengan nilai universal, budaya sikap dan etika profesional yang progresif dan positif.  pelaksanaan modal insan ini cuba diterapkan menerusi program pendidikan, latihan, strategi pembangunan &amp; penyelidikan (r&amp;d) dan pembelajaran sepanjang hayat dalam memacu inovasi negara. jatuh bangunnya sesebuah institusi itu bergantung kepada kecemerlangan dan kecendekiawanan modal insannya.     modal insan : transformasi menjana kelestarian kuantan, pahang : penerbitan universiti malaysia pahang, 2011. 238ms. isbn 978-967-0120-09-6</Page><Page Number="46">sari pustaka bil 4/2011 45          sinopsis buku    buku ini merupakan sebuah buku modul kemahiran yang dihasilkan sebagai panduan dan rujukan kepada mahasiswa di universiti malaysia pahang. modul ini memuatkan beberapa cara dan latihan mudah dalam membentuk dan menambah kemahiran asas yang diperlukan oleh mahasiswa dalam pengurusan hidup supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. buku ini terdiri daripada empat modul iaitu modul kemahiran kepimpinan, modul kemahiran komunikasi, modul kemahiran kerja berkumpulan dan modul berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah. semua kandungan modul di dalam buku ini dapat memberi nilai tambah kepada mahasiswa dan peserta untuk memenuhi pasaran kerja dan mendepani kehidupan dengan sempurna.     mohd redzuan ahmad … [et al.] modul bijak : bina inspirasi jaya aktiviti kumpulan kuantan : penerbit universiti malaysia pahang, 2011. 107ms. isbn 978-967-012-016-4</Page><Page Number="47">sari pustaka bil 4/2011 46          sinopsis buku    penerbitan buku bertajuk najib razak : transformasi pentadbiran telah bermula sekitar bulan julai 2009, yang mana pada waktu itu dato’ seri najib melewati usia seratus hari pentadbiran. sepertimana ketua pentadbiran mana-mana negara sekalipun, hari ke seratus mahupun setahun pentadbiran merupakan detik-detik mengimbau dan menilai setiap gerak-kerja dan tindakan yang telah dan bakal dilakukan. dalam tahun pertama ini, biasanya kelihatan gaya kepemimpinan yang bakal menjadi panduan dalam merangka gerak-kerja untuk membangun negara.  kemelesetan ekonomi, tsunami pilihan raya umum ke-12, krisis parti-parti komponen barisan nasional, kehilangan kepercayaan rakyat terhadap barisan nasional dan kerajaan menyebabkan teras keyakinan sebahagian besar masyarakat malaysia tergugat serta berada dalam dilema. buku ini serba sedikit menjelaskan tentang harapan, kepercayaan dan wawasan seorang perdana menteri. penulis berharap agar pembaca dapat menghayati dan memahami dari dekat wadah perjuangan membangun nusa dan bangsa oleh seorang perdana menteri. dengan penghasilan penerbitan ini dapat memperkayakan lagi ilmu dan memberi manfaat kepada semua.    najib razak : transformasi pentadbiran sintok, kedah : institut pemikiran tun dr. mahathir mohamad, universiti utara malaysia, 2011. 222ms. isbn 978-967-0193-00-7</Page><Page Number="48">sari pustaka bil 4/2011 47          sinopsis buku    buku ini menghimpunkan intisari ucapan perdana menteri malaysia keenam, dato’ seri najib tun razak yang mengandungi pelbagai agenda dan dasar pentadbiran beliau. intisari ucapan beliau menjadi pemacu pembangunan negara malaysia yang menjadi perangsang dan motivasi serta pemberi semangat kepada rakyat. bermula dengan hala tuju program tranformasi kerajaan (ptk), ketelusan dan pengamalan prinsip akauntabiliti terus menjadi pemangkin dan penentuan kepada kerajaan dalam memenuhi janji-janji yang diberikan kepada rakyat. mencapai wawasan 2020 menjadi fokus utama selaras dengan ptk dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi. disusuli dengan gagasan 1malaysia menggunakan cogankata ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, yang menjadi pemangkin kepada pencapaian wawasan 2020. idea dan pelaksanaan sesuatu program tidak hanya tertumpu kepada bidang ekonomi, tetapi turut ditekan kepada ict, keagamaan, perkhidmatan awam, kebajikan wanita, dan beberapa pendekatan dalam usaha mentransformasikan minda masyarakat dan negara menuju tahun 2020. perlu dibaca oleh masyarakat malaysia tidak kira bangsa, agama dan warna kulit.      najib tun razak : meneroka perubahan memperkasa pencapaian kuala lumpur : jabatan penerangan malaysia, 2011. 357ms. isbn 978-983-54-0560-0</Page><Page Number="49">sari pustaka bil 4/2011 48          sinopsis buku    buku ini menceritakan tentang nyanyian rakyat yang tumbuh di kalangan rakyat pahang sejak zaman-berzaman. seperti puisi dalam perkembangan sastera, ia turut menerima pengaruh animisma, hindu, zaman transisi dan islam. di zaman silam khususnya dalam masyarakat melayu tradisional, nyanyian rakyat mendapat tempat di kalangan golongan ini. ia disampaikan sama ada secara langsung oleh penglipur lara atau nenek dan ibu secara tidak langsung. ia juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, lagu untuk kanak-kanak, dewasa dan umum. motif dan fungsi utamanya adalah untuk mendidik dan menghibur. terdapat upacara dalam nyanyian rakyat ini seperti mengubat pesakit, ketika menuai padi, membuka tanah huma, acara perkahwinan, permainan, upacara menuba, mengambil air kabung dan seumpamanya. adakalanya nyanyian rakyat ini menggunakan alat bunyian seperti rebana, gong, seruling, rebab, serunai dan gendang.        aripin said nyanyian rakyat : warisan bangsa selangor : gumum gemilang, 2011. 141ms. isbn 978-967-10396-0-1</Page><Page Number="50">sari pustaka bil 4/2011 49          sinopsis buku    bagaimana perasaan anda apabila mendengar pembentangan yang membosankan? tetapi sudah pasti menyeronokkan dan tertanam dalam ingatan kita sekiranya mendengar suatu pembentangan yang mempesonakan. buku yang ditulis oleh komunikator yang luar biasa ini dapat membantu pembaca  dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan komunikasi sesama manusia. teknik yang perlu diadaptasi dalam sesuatu pembentangan telah disediakan oleh pengarang dalam buku ini. buku ini juga ditulis untuk membantu pembaca bersedia menghadapi sebarang pendengar, pantas mencipta mesej berguna, menarik dan terhubung dengan pendengar semasa sesi pembentangan. ianya turut membantu dalam menguruskan sebarang celahan yang mampu di jangka termasuk sesi soal jawab. tip yang diberikan untuk mengenal pasti siapa pendengar, cari apa yang penting bagi pendengar dan apa yang pendengar prihatin dan apa yang buat pendengar itu unik. seterusnya buku ini juga memberi langkah-langkah yang dapat diambil bagi mencipta mesej yang fokus kepada pendengar. penamat yang ringkas, padat dan mempunyai mesej serta memperolehi satu hasil yang jelas dalam sesuatu pembentangan merupakan pembentang yang hebat.        fahy, warwick john the one minute presenter. ed. bahasa melayu batu caves, selangor : pts professional pub., 2011. 186ms. isbn 978-967-369-120-3</Page><Page Number="51">sari pustaka bil 4/2011 50          sinopsis buku    tajuk buku ini diambil daripada sajak lagu bunga ii oleh datuk a. samad said bagi menyampaikan gambaran yang tepat mengenai kesan dan nilai hasil karya p. ramlee dalam bidang penggubahan lagu, nyanyian, lakonan dan pengarahan. buku ini ditulis dalam bentuk ensiklopedia yang menghimpunkan perkara-perkara yang berkaitan dengan seniman agung negara, tan sri p.ramlee. ia disusun mengikut abjad bermula dengan abdul samad said dan diakhiri dengan zubir said. p. ramlee ‘hidup’ bukan sahaja dalam fikiran masyarakat kini tetapi juga melalui tayangan filem-filemnya di televisyen dan juga tanda ingatan seperti buku dan cenderamata bagi memperingati hayat dan karyanya. beliau meninggal dunia pada 29 mei 1973, namun legasi yang ditinggalkan terus segar dari zaman ke zaman.     ahmad sarji abdul hamid, tan sri dato’ seri p. ramlee : erti yang sakti petaling jaya : mph group pub., 2011 isbn 978-967-5997-50-1</Page><Page Number="52">sari pustaka bil 4/2011 51          sinopsis buku    buku panduan musafir ini merupakan cetusan idea untuk diketengahkan sebagai panduan dan rujukan masyarakat khususnya kepada persoalan serta kekeliruan dalam beribadah ketika bermusafir. tidak kira ke mana sahaja bermusafir dan apa pun tujuannya, sebaik-baik perjalanan yang bakal kita tempuhi sentiasa diberkati dan diredhai allah. justeru, bagi menjadikan perjalanan kita sebagai ibadah, kita perlu memahami hukum-hakam berkaitan musafir. bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan, islam telah menggariskan beberapa kemudahan (rukhsah) sebagai rahmat dan hadiah istimewa daripada allah ke atas hamba-hamba-nya.  rukhsah sebagai bonus khas memberikan sejuta kelebihan kepada mereka yang bermusafir. ternyata, musafir bukan halangan kepada kita untuk beribadah. ia juga menjadi tuntutan yang perlu diselarikan dengan kehendak syarak dari segi pelaksanaan dan konsep kesempurnan agama islam. islam merupakan agama yang praktikal untuk semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keadaan serta sesuai diamalkan setiap masa.          mohd zuhdi ahmad khasasi pasport musafir batu caves, selangor : pts islamika, 2011. 444ms. isbn 978-967-366-021-6</Page><Page Number="53">sari pustaka bil 4/2011 52          sinopsis buku     penulis buku ini mengajak kita untuk meninjau dan berfikir mengenai pembangunan islam di malaysia semasa pimpinan perdana menteri malaysia yang keempat. fokus utama dalam buku ini adalah aspek pembangunan tamadun yang diutarakan oleh mahathir, pemikiran beliau mengenai cara mengatasi kemunduran serta impak kepada pembangunan islam di malaysia. isu-isu nasionalisme dan sekularisme, globalisasi, hukum hudud dan pentafsiran semula al-quran turut dijelaskan oleh penulis supaya pembaca dapat memahaminya mengikut panduan daripada sarjana islam. penulis juga telah berusaha mencari definisi terbaik berkaitan negara islam berdasarkan teks al-quran, al-sunnah, ijmak dan sumber yang muktabar dalam islam atas konteks zaman moden. perhatian kepada kelemahan umat islam iaitu daripada segi pemikiran menyebabkan umat islam mundur dan cara mengatasinya turut diberikan penjelasan oleh penulis.      mohd rumaizuddin ghazali pembangunan islam di malaysia : era mahathir bandar baru nilai, negeri sembilan : penerbit universiti sains islam malaysia, 2011. 335ms isbn 978-967-5295-58-4</Page><Page Number="54">sari pustaka bil 4/2011 53          sinopsis buku     buku ini mengetengahkan aspek-aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan di malaysia. kajian perbandingan pada peringkat antarabangsa juga turut dikemukakan. walaupun buku ini lebih menekankan aplikasi pemuliharaan dan pemeliharaan warisan pada peringkat nasional, namun beberapa konvensyen antarabangsa dan peranan beberapa organisasi antarabangsa dalam bidang pemuliharaan dan pemeliharaan warisan juga turut dibincangkan. salah satu instrumen yang dikira berkesan dalam mencapai hasrat menjaga warisan dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan di malaysia adalah melalui peruntukan undang-undang bertulis, iaitu akta warisan kebangsaan 2005 dan akta perancangan bandar dan desa 1976. warisan perlu dimanfaatkan oleh generasi akan datang supaya menjadi salah satu produk pelancongan dan subjek kajian ilmu.     pemuliharaan dan pemeliharaan warisan di malaysia pulau pinang : penerbit universiti sains malaysia, 2011. 217ms. isbn 978-983-861-472-6</Page><Page Number="55">sari pustaka bil 4/2011 54          sinopsis buku     pendidikan merupakan persoalan penting dalam pembinaan sesebuah tamadun dan kewujudan serta kekuatan sesebuah negara bangsa. tamadun yang besar dan kuat boleh terbina dan mampu bertahan dengan adanya kemajuan mantap yang berterusan dalam bidang pendidikan. runtuhnya pendidikan, maka sesebuah negara bangsa dan tamadun itu akan runtuh dan hancur. para pemimpin utama sesebuah negara mesti meletakkan persoalan pendidikan dan dasar yang berkaitan dengan pendidikan sama ada pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi ke suatu tahap yang sangat penting.  persoalan pendidikan bukanlah satu persoalan kecil yang boleh dibuat sambil lewa. atas dasar dan kesedaran peri pentingnya pendidikan, pengarang telah berusaha menyusun dan menghasilkan buku ini. pengarang melihat betapa pentingnya pengajian di peringkat tinggi di mana ia mempunyai hubungan rapat dengan pembinaan sarjana, pemikir serta pengurus atau pelaksana negara yang lahir hasil pengajian di universiti dibincangkan dengan agak panjang lebar oleh pengarang. tidak dinafikan kupasan buku yang diutarakan oleh pengarang perlu dihayati bersama dalam meningkatkan mutu dan peranan yang lebih berkesan dalam pembinaan tamadun negara bangsa tercinta.     mohd. noor yazid pendidikan dan pembinaan bangsa : ke mana arah tuju? kuala lumpur : utusan publications &amp; distributors, 2011. 79ms. isbn 978-967-61-267-8</Page><Page Number="56">sari pustaka bil 4/2011 55          sinopsis buku     buku ini mengandungi pelbagai pandangan bernas tentang alam pendidikan dan idea berupa strategi serta kaedah pengajaran yang memberi manfaat kepada para guru. idea-idea baru amat diperlukan bagi mengekalkan profesion perguruan yang relevan dalam zaman yang serba pantas berubah ini. perkembangan dalam dunia teknologi maklumat dan multimedia membekaskan impak pada pertumbuhan pemikiran, pembentukan sikap serta cara berfikir pelajar.  di dalam buku ini menghimpunkan makalah pelbagai jenis, termasuk laporan kajian, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kertas konsep. ia juga mengandungi kumpulan makalah yang terbahagi kepada dua jenis iaitu kaedah pengajaran dan kertas bersifat konseptual.  ada makalah yang sangat kompleks, terutama yang berasal daripada kajian lapangan, dan ada yang hanya bersifat umum. walau bagaimanapun, kedua-duanya dapat berfungsi dengan efektif sekiranya para guru mencernakan isi dan cara penggunaannya.       pengajaran dan pembelajaran berkesan : buah fikir guru cemerlang batu pahat, johor : mdk intelek enterprise, 2011. 521ms. isbn 978-967-0154-01-5</Page><Page Number="57">sari pustaka bil 4/2011 56          sinopsis buku     buku ini memaparkan dan mengupas pelbagai isu yang berkait rapat dengan pengurusan dan amalan kerja sosial. buku ini juga mengajak pembaca memahami dan meneliti aspek pengurusan, teori dan amalan kerja sosial yang menjurus kepada pelbagai golongan sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada kumpulan ini. buku ini disediakan dalam dua bahagian. bahagian pertama merupakan himpunan artikel berkaitan pengurusan kerja sosial yang mengupas dan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan polisi kerja sosial secara umumnya. bahagian kedua pula memberi penekanan kepada aspek amalan dalam kerja sosial. bahagian ini mengandungi perbahasan tentang kemahiran dan isu-isu yang memfokuskan kepada pelbagai kumpulan sasaran.      pengurusan &amp; amalan kerja sosial sintok, kedah : penerbit universiti, universiti utara malaysia, 2011. 307ms. isbn 978-967-5311-64-2</Page><Page Number="58">sari pustaka bil 4/2011 57          sinopsis buku     walaupun kesultanan perak bermula pada tahun 1528, tetapi sejarah negeri tersebut dapat diselami lebih awal dari itu. penemuan artifak arkeologi di pulau kelumpang dan kuala selingsing, dan terutamanya perak man sudah membuktikan jelas bahawa perak memiliki warisan, budaya dan sejarah awal yang menarik. buku ini memuatkan artikel-artikel terpilih daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut untuk dipaparkan kepada khalayak. susunan artikel bermula dari sejarah awal negeri perak dan termasuk perkembangan dari segi ekonomi, sosial dan budaya. bukti kewujudan negeri ini yang diambil daripada buku sejarah melayu dan seterusnya diakhiri dengan artikel mengenai pembebasan perak daripada bahaya ancaman komunis pada tahun 1960.       perak : warisan, budaya &amp; sejarah kuala lumpur : persatuan muzium malaysia, 2011. 352ms. isbn 978-983-99513-3-2</Page><Page Number="59">sari pustaka bil 4/2011 58          sinopsis buku     pengurusan rekod mempunyai hubungan terus dengan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. ini adalah kerana rekod mengandungi maklumat yang diperlukan untuk segala urusan yang dilaksanakan oleh sesuatu organisasi. buku ini disediakan untuk membantu pegawai dan kakitangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan kerja-kerja pengurusan rekod dengan cekap dan efisien. dalam buku ini menjelaskan beberapa aktiviti pengurusan rekod yang perlu dilaksanakan oleh jabatan kerajaan seperti penyediaan klasifikasi fail, jadual pelupusan rekod fungsian, pelan tindakan bencana bagi rekod, manual pengurusan rekod dan sebagainya. diharap buku ini menjadi panduan oleh semua pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan untuk menguruskan rekod-rekod dengan baik.      savumthararaj, g. peranan dan tanggungjawab kementerian/jabatan/agensi kerajaan dalam pengurusan rekod dan fail kuala lumpur : savumthararaj.g, 2011. 206ms. isbn 978-967-10523-0-3</Page><Page Number="60">sari pustaka bil 4/2011 59          sinopsis buku     buku ini mengupas prinsip-prinsip islam berkaitan ekonomi pertanian. buku ini dibahagikan kepada lima bab yang merangkumi perbincangan iaitu; bab satu mengenai pengenalan pemikiran ekonomi islam; bab dua adalah kupasan mengenai konsep pemilikan dan pembangunan tanah pertanian iaitu prinsip ihya’ al-mawat, al-iqta’ dan al-hima (tanah himpunan awam);  bab tiga pula mengandungi perbincangan mengenai upah buruh pertanian dan sewa tanah dari perspektif islam; bab empat mengenai zakat pertanian. turut diberi tumpuan adalah pemikiran para sarjana islam berkaitan konsep ijarah, muzara’ah, musaqat dan kira’ al-ard. bab lima memperkatakan sekuriti makanan dari perspektif islam. konsep agihan makanan dalam islam seperti korban, aqiqah, zakat fitrah, fidyah, dam dan sedekah turut dijelaskan secara mendalam.   asmak ab. rahman pertanian dari perspektif ekonomi islam kuala lumpur : penerbit universiti malaya, 2011. 149ms. isbn 978-983-100-509-5</Page><Page Number="61">sari pustaka bil 4/2011 60          sinopsis buku     buku refleksi historiografi alam melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna kepada masyarakat di samping untuk menarik perhatian para ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah melayu lama. hasil penulisan buku ini juga dapat menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa melayu. pembaca juga diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga ke-19. buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah melayu dan turut dilampirkan dengan penjelasan dan analisis ilmiah. teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit supaya kandungannya bersifat objektif. adalah diharapkan agar penerbitan buku ini akan dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dalam bidang ilmu seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya. buku ini turut memberi tumpuan kepada unsur kehidupan intelektual dan ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah melayu.    denisova, tatiana a. refleksi historiografi alam melayu kuala lumpur : penerbit universiti malaya, 2011. 466ms. isbn 978-983-100-501-9</Page><Page Number="62">sari pustaka bil 4/2011 61        sinopsis buku      buku ini merupakan sebuah buku yang menyingkap peranan sekolah agama sebagai institusi yang membentuk akhlak para pelajar. sekolah agama sama ada di bawah naungan kementerian pelajaran malaysia (kpm) atau kerajaan negeri seperti sekolah menengah agama negeri (san) dan majlis agama islam johor (maij), sekolah menengah agama rakyat (smar), sekolah agama pagi dan petang, serta sekolah agama swasta, semuanya sangat signifikan dalam membentuk keperibadian akhlak para pelajar. buku ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca tentang peri pentingnya pembangunan pendidikan agama dalam mencetuskan keperibadian akhlak umat islam seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran dalam meninggikan kalimah allah swt. buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik, mahasiswa dan mahasiswi khususnya yang berada di institusi pendidikan guru, para penggubal di kementerian, jabatan, pejabat dan sekolah, guru agama, pendakwah, dan umat islam keseluruhannya dalam rangka usaha memahami perkembangan dan pembangunan sekolah agama di negeri johor.       mohd hairudin amin &amp; kamarul azmi jasmi sekolah agama : penjana generasi berakhlak johor bahru : penerbit utm press, 2011. 289ms. isbn 978-983-52-0763-1</Page><Page Number="63">sari pustaka bil 4/2011 62         sinopsis buku     selain mengamalkan kaedah pemakanan yang betul dan seimbang, bersenam adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda. bagaimanapun, terdapat beberapa jenis senaman yang tidak mengeluarkan peluh dan tidak memerlukan pergerakan yang berat, tetapi boleh memberi kebaikan untuk kesihatan jasmani dan rohani. senaman ini memang sesuai untuk mereka yang sudah berumur atau sedang menghadapi masalah kesihatan. resipi senaman pernafasan yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk mengekalkan kesihatan minda dan tubuh badan yang secara tidak langsung membawa anda kepada pintu rahmat ilahi untuk melatih diri supaya hati tidak alpa untuk sentiasa berzikir, menyanjung dan memuji allah swt pada segenap gerak dan diam sepanjang masa, di samping memperoleh keberkatan berupa penawar yang dapat membantu melenyapkan segala penyakit dan menjadi benteng daripada dihinggapi penyakit. ia sekali gus mendirikan takwa kepada allah.       raflis sabirin senaman : tauhid &amp; asmaul husna kuala lumpur : mpp communications, 2011. 170ms. isbn 978-983-3274-02-4</Page><Page Number="64">sari pustaka bil 4/2011 63       sinopsis buku   buku ini merupakan terjemahan dari buku bahasa inggeris dan kesinambungan kepada the art of war. pada zaman pembangunan pantas sains, teknologi, dan kepercayaan yang sentiasa berevolusi, mendedahkan kepada situasi kontradiksi dan risiko. hanya mereka yang paling kuat akan mencapai kejayaan ajaib dan yang lemah akan tenggelam dalam kekalahan. topik yang disentuh amat luas iaitu berkaitan dengan perang, politik, ekonomi dan diplomasi. sun tzu yang dikenali sebagai tokoh ketenteraan ulung timur semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak, telah menulis strategi ketenteraan ini sejak lebih 2,500 tahun dahulu. strategi yang ditulis ini telah digunakan oleh usahawan-usahawan jepun dan telah dipraktikkan sehingga berjaya membawa transformasi dan terkenal di serata dunia. memuatkan kisah-kisah usahawan terbilang seperti li ka-shing, andrew carnegie, dan beberapa orang yang lain serta syarikat-syarikat ternama asia dan barat seperti nissan, honda dan lain-lain. buku ini wajib dibaca oleh semua orang yang ingin berjaya kerana buku ini telah menunjukkan kredibiliti seni strategi perniagaan sun tzu.       wang, xuangming sun tzu art of war : art of business. ed. bahasa melayu batu caves, selangor : pts professional pub., 2011. 202ms. isbn 978-967-369-114-2</Page><Page Number="65">sari pustaka bil 4/2011 64       sinopsis buku   buku ini sebenarnya merupakan koleksi artikel daripada pembentangan kertas kerja dari seminar kemahiran pengurusan ii : transformasi minda untuk membicarakan beberapa aspek tentang transformasi. transformasi biasanya merujuk kepada dua keadaan, iaitu pertama perubahan ke arah kebaikan dan keduanya perubahan ke arah kerosakan. dalam konteks ini, transformasi yang dinyatakan adalah menjurus kepada perubahan ke arah kebaikan. kita harus terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sempurna secara berterusan. dalam melakukan transformasi negara, transformasi minda harus diberi perhatian dan dimulakan terlebih dahulu. keupayaan minda yang mantap dan hebat akan membolehkan pelbagai cabaran dan masalah ditangani secara lebih intelektual, rasional dan berstrategi.        abdul rahman abdul aziz &amp; muhamed nor azman nordin transformasi minda sintok, kedah : institut pemikiran tun dr. mahathir mohamad, universiti utara malaysia, 2011. 96ms. isbn 978-983-44865-5-6</Page></Pages></Search>