Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

Status Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 dan MS 9001:2008


MS ISO 9001 : 2000

Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 berjalan lancar dan mendapat komitmen sepenuhnya daripada pihak Pengurusan dan Pasukan Pelaksana. Badan pensijilan yang telah dilantik ialah SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Antara beberapa program dan aktiviti yang dijalankan bagi menuju ke arah pensijilan MS ISO 9001:2000 ialah :

  • Audit Kepadaan
    Dokumen Kualiti yang dihantar kepada SIRIM pada 12 September 2003 telah diluluskan dengan beberapa pindaan.Tindakan pembetulan telah diambil dalam dokumen berkenaan.

  • Majlis Perasmian Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 PNM
    Majlis Pelaksanaan dan Penyerahan Dokumen Kualiti MS ISO 9001:2000 telah diadakan pada 15 September 2003 di PNM dan dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Ambrin bin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

  • Program Kesedaran
    Satu taklimat mengenai program kesedaran MS ISO 9001:2000 kepada warga PNM telah disampaikan oleh Encik Abd. Rahman Abd Zubir pada 15 September 2003 di Auditorium PNM.

  • Pengedaran Dokumen Kualiti
    Pengedaran Dokumen Kualiti telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Rosham Abd Shukor, Pengurus Dokumen pada 15 September 2003.

  • Taklimat Pelaksanaan
    Puan Norpishah Mohd. Noor selaku Wakil Pengurusan MS ISO 9001:2000 telah menyampaikan taklimat tersebut kepada warga PNM pada 21 Oktober 2003 di Auditorium PNM.

  • Pengauditan Dalaman
    Seramai 21 Juruaudit Dalaman yang diketuai oleh Puan Primalani M. Kukanesan telah menjalankan auditan terhadap Dokumen Kualiti dari 28-30 Oktober 2003.

  • Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
    Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dipengerusikan oleh Dato’ Zawiyah Baba, Ketua Pengarah PNM telah diadakan pada 17 November 2003. Beberapa tindakan penambahbaikan dan pembetulan telah dibincangkan untuk dilaksanakan oleh pemilik proses dan Wakil Pengurusan.

  • Audit Pra-Pematuhan
    Seramai lima (5) orang pegawai daripada INTAN yang diketuai oleh Encik Abd. Rahman Abd. Zubir telah melaksanakan Audit Pra-Pematuhan pada 6-7 Januari 2004 untuk membantu PNM membuat persediaan sebelum SIRIM menjalankan Audit Pematuhan.

  • Audit Pematuhan
    Pasukan audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Mariam Mohamed Zain telah melaksanakan audit pematuhan dari 14-16 Januari 2004. Beliau telah dibantu oleh Encik Saffridin Ariffin juga daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Dato Ketua Pengarah telah mempengerusikan sesi pembukaan manakala Dr. Haji Wan Ali, Timbalan Ketua Pengarah telah mempengerusikan sesi pembentangan laporan oleh SIRIM.

    Sebanyak 4 Non-Conformity Reports (NCR) dan 13 pemerhatian telah dikenal pasti.Tindakan pembetulan terhadap 4 NCRs telah dibuat dan laporan dihantar kepada pihak SIRIM.

    Tindakan juga sudah diambil bagi mengkaji laporan pemerhatian dan tindakan penambahbaikan serta pembetulan sedang diambil.

  • Penganugerahan Sijil MS ISO 9001 : 2000
    Perpustakaan Negara Malaysia telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001: 2000 pada 9 April 2004

 

Jabatan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pasukan pelaksana dan warga PNM yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini bagi tujuan memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2000.

 

PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI JABATAN MS ISO 9001
 

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Kemaskini pada 2015-11-23 09:45:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page