Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
w3c
Jata

Permohonan International Standard Serial Number (ISSN)

Apakah Itu ISSN?
 

International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang ringkas, tunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.

Contoh : ISSN 1823-7037

Sistem Operasi ISSN
 

International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.

Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

 
Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
 

Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, ia adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia; menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

 
Apakah Faedah-Faedah ISSN?
  Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.
i. Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-pengguna tempatan dan luar negara.
ii. Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iii. Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
iv. Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri.
v. Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.
 
Bagaimana dan di mana ISSN Dicetak?
 

Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang. Contoh : ISSN 1394-3650 ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

 
Pemberian ISSN
 

ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang belum mempunyai nombor ISSN.

 
Apakah Terbitan Bersiri?
 

Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain

Satu ISSN menentukan satu judul yang ditetapkan dan ia adalah khas untuk judul itu sahaja. Sekiranya judul itu bertukar atau ditambah, satu ISSN baru akan diberi bagi judul yang baru
Contoh:
Judul - Bulletin Siswazah Selangor - ISSN 0126-7841
Judul baru - Bulletin Siswazah - ISSN 0126-8961

Apabila terbitan bersiri diterbitkan juga di dalam berbagai bahasa dengan judul yang sama, setiap edisi akan diberi ISSNnya sendiri.
Contoh:
Siaran Pekebun (edisi Jawi) - ISSN 0126-6955
Siaran Pekebun (edisi Rumi) - ISSN 0126-5806

Juga, edisi di dalam berbagai bahasa yang mempunyai judul di dalam berbagai bahasa akan diberikan nombor ISSN yang berlainan Contoh:
Malaysia Official Yearbook - ISSN 0126-6089
Malaysia Buku Rasmi Tahunan - ISSN 0126-8627

 
Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
 

Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri dari Kementerian Dalam Negeri.

ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.

 
Kriteria Penerbitan Yang Layak dan Tidak Layak Mendapat ISSN / e-ISSN
  LAYAK
Dijangka akan terus diterbitkan dengan judul yang sama sehingga bila-bila
Judul penerbitan bersiri baru yang diterbitkan di Malaysia dan sekurang-kurangnya sebanyak lima (5) helaian kertas bersaiz A4 atau seumpamanya bagi setiap isu.
Judul penerbitan bersiri yang generik (contoh: suratkhabar, majalah, buletin, jurnal, laporan tahunan, surat berita dan sebagainya.)
Lazimnya setiap keluaran mempunyai nombor keluaran, bilangan dan/atau tarikh.
Penerbitan judul yang sama tetapi nama penerbit telah bertukar kerana berlaku perubahan dalam organisasi/jabatan. Contoh : Laporan Tahunan / Jabatan Pendidikan Sarawak bertukar kepada Laporan Tahunan / Jabatan Pelajaran Sarawak
Sarawak bertukar kepada Laporan Tahunan / Jabatan Pelajaran Sarawak Penerbitan monographic series. Penerbitan ini perlu memohon nombor ISBN. Nombor ISSN hanya diberikan untuk siri dan telah diterbitkan sekurang-kurangnya 4 tahun berturut-turut (contoh: seminar dan prosiding)
Setiap format bagi penerbitan bersiri yang mempunyai judul yang sama tetapi diterbitkan lebih daripada satu versi/medium (contoh : bercetak dan atas talian).
Terbitan bersiri yang diterbitkan menggunakan judul yang sama tetapi berlainan bahasa.
Terbitan bersiri yang diterbitkan menggunakan judul yang sama tetapi berlainan edisi. Contoh : Edisi dwibahasa / Edisi bahasa Inggeris
Bagi permohonan terbitan bersiri secara atas talian, syarat utama ialah laman web telah siap sepenuhnya dan bahan tersebut telah diterbitkan sekurang-kurangnya satu jilid/volume serta mempunyai 5 artikel ke atas.
 
  TIDAK LAYAK
Bahan penerbitan yang telah ditetapkan hanya beberapa kali sahaja. Contoh: 7 keluaran sahaja.
Majalah dan suratkhabar keluaran khas.
Penerbitan “Print-on-demand”/cetakan terhad.
Penerbitan prosiding persidangan/seminar/pameran yang diterbitkan secara tidak tetap (kurang daripada 4 tahun berturut-turut)
Penerbitan untuk edaran terhad (cetakan kurang daripada 10 naskhah)
Penerbitan yang diterbitkan sekali sahaja (one-off publications)
Penerbitan yang diterbitkan sekali sahaja kemudian bertukar judul.
Penerbitan yang mengandungi 70% unsur pengiklanan dan promosi (cth: katalog, buku kupon dsbnya.)
 
Prosedur Permohonan ISSN
 

Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu: PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN. Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri dan salinan mukasurat sidang redaksi.

 
Prosedur Permohonan eISSN
 

Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu: PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN. Sertakan salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan beserta URL. Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut:

i. Judul skrin (title screen).
ii. Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh atau nombor isu).
iii. Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.
 
  Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:

Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN)
Tel : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288 / 4271
E-mel : issn@pnm.gov.my
 
 

Perkhidmatan Melalui SMS Taip "PNM_ISSN_[alamat emel]" dan hantar kepada 15888 . Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco

 


Kemaskini pada 2018-11-05 16:32:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page