Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
Bahasa : BM Malaysia | BI English
Jata   PerpustakaanNegaraMalaysia Malaysia Truely Asia ISO
     
 

APINESS


ASIA-PACIFIC INFORMATION NETWORK IN SOCIAL SCIENCE (APINESS).

Program Asia-Pacific Information Network in Social Science (APINESS) ialah suatu program yang diwujudkan di bawah pertubuhan Unesco pada awal tahun 1986. Program bertujuan untuk menyelaras pengumpulan dan penyebaran maklumat dan aktiviti dalam bidang perkara sains sosial di negara Asia dan Pasifik. Sejak tahun 1986, Mesyuarat diadakan tiap-tiap tahun antara pakar sains sosial dengan pakar maklumat mengenai sains sosial untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di negara masing-masing. Tiap-tiap negara melantik sebuah institusi yang akan bertindak sebagai National Contact Point dan pegawai yang dilantik bertindak sebagai "liaison office" bagi negara.

Perpustakaan Negara telah dilantik sebagai National Contact Point untuk APINESS sejak mula ditubuhkan dan pegawai yang dilantik sebagai pegawai perhubungan pejabat ialah Pengarah Perkhidmatan Sokongan dan diganti dalam tahun 1992 dengan Pengarah Bahagian Pembangunan. Beberapa mesyuarat "Apiness Regional Advisory Group Meeting (RAG)" telah diadakan secara tahunan. Dalam tahun 1998 mesyuarat tidak diadakan. Walau bagaimanapun, dalam tahun tersebut usaha dibuat oleh pusat penyelaras APINESS di Bangkok bagi mengkaji semua laporan yang disediakan oleh semua negara ahli mengenai penilaian terhadap program APINESS dan keberkesanannya. Draf laporan hasil kajian tersebut telah pun disediakan. Satu mesyuarat RAG telah diadakan pada tahun 1999 untuk membincangkan penemuan hasil laporan yang dibuat dan cadangan bagi tindakan seterusnya.


Kemaskini pada 2016-12-14 15:33:55 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page