Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Dasar Negara Bagi Perpustakaan Dan Perkhidmatan Maklumat

image


Dasar Negara Bagi Perpustakaan Dan Perkhidmatan Maklumat

 

Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat telah menggariskan beberapa panduan ke arah pembangunan perkhidmatan perpustakaan yang sistematik dan terancang. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor termasuk semua lapisan masyarakat samada di bandar mahupun di luar bandar. Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat telah dirangka dengan mengambilkira infrastruktur perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam negara pada masa sekarang serta perundangan yang berkaitan dengan penubuhan Perpustakaan Negara malaysia, Perpustakaan Awam Negeri-Negeri dan penyerahan bahan-bahan Perpustakaan.


SKOP

Ruang lingkup perpustakaan dan perkhidmatan maklumat dianggap sebagai merangkumi aktiviti perolehan, penyusunan, pengurusan dan penyebaran bahan-bahan perpustakaan serta maklumat yang terkandung di dalamnya.


Bahan perpustakaan meliputi semua bentuk cetakan, grafik, audio, elektronik atau media lain, di atas atau di mana maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluarkan dan dikategorikan bagi maksud Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ke dalam:

  • Bahan perpustakaan yang bercetak termasuk buku, terbitan bersiri, peta carta dan poster.
  • Bahan perpustakaan yang tidak bercetak termasuk filem sinematografi, mikroform, piring hitam, rakaman video dan audio dan media elektronik yang lain.


OBJEKTIF

Selaras dengan matlamat kerajaan untuk membina masyarakat yang membaca dan berilmu, Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi peruntukan dan perkembangan secara berpeingkat sumber-sumber, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat supaya ianya dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara , khususnya bagi menyediakan sokongan sokongan yang berkesan untuk:

  • Proses penggubalan dasar serta proses membuat keputusan.
  • Aktiviti perancangan, penyelidikan dan pembangunan.
  • Proses pendidikan.
  • Perkembangan intelek masyarakat, kegiatan ekonomi serta memenuhi keperluan budaya dan rekreasi.


STRATEGI

Untuk mencapai matlamat dasar, strategi bagi pembangunan perpustakaan adalah seperti berikut:-

  • Perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang sesuai dengan keperluan akan disediakan:
    (i) Untuk memberi perkhidmatan kepada Parlimen, Kementerian dan Jabatan Kerajaan, institusi penyelidikan, universiti, maktab dan lain-lain institusi pengajian tinggi dan sekolah.
    (ii) Untuk setiap daerah dan mukim dalam negara supaya sesiapa yang berhasrat menggunakan kemudahan tersebut dapat menggunakannya dengan mudah.
    (iii) Untuk memberikan perkhidmatan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik dan yang cacat.

  • Untuk mengadakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat yang seimbang dengan keperluan maka bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan di luar negeri akan diperrolehi berdasarkan peruntukan piawai kebangsaan, dengan mengambilkira kepentingan mengurangkan penindihan sumber-sumber.
  • Menggalak penerbit-penerbit di sektor swasta dan awam untuk memperbanyakkan penerbitan mereka dalam semua bidang ilmu sesuai dengan keperluan bagi semua peringkat masyarakat selaras dengan prinsip asas Dasar Buku Negara.
  • Sumber perpustakaan dan maklumat serta kemudahan yang disediakan oleh agensi di sektor awam, pada umumnya, merupakan sebahagian daripada peruntukan negara untuk kepentingan masyarakat Malaysia. Justeru itu, akses kepada sumber tersebut akan dipermudahkan, asalkan keutamaan diberikan kepada pengguna utama.
  • Dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat, tekanan khusus hendaklah diberikan kepada perkongsian sumber untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada pelaburan awam. Untuk tujuan ini, pengguna teknologi komputer, mikrografik, komunikasi dan lain-lain teknologi, akan digunakan sepenuhnya. Dalam hal ini, kemajuan telekomunikasi akan dapat memenuhi keperluan komunikasi perkhidmatan perpustakaan dan maklumat.
  • Sebagai warisan intelek dan budaya negara, semua bahan perpustakaan yang diterbitkan atau dihasilkan di dalam negeri hendaklah diserahkan kepada institusi tertentu untuk simpanan dan pemuliharaan selaras dnegan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa dan penggunaan bahan tersebut dipermudahkan setakat mana yang boleh.
  • Untuk membolehkan penggunaan bahan-bahan perpustakaan yang berkesan, maka perkhidmatan perpustakaan dan maklumat akan menyediakan kemudahan yang berikut di mana perlu:

    (i) Pendokumentasian yang teratur akan sumber-sumber maklumat dibuat mengikut piawai kebangsaan, dengan tujuan untuk memudahkan pengwujudan dan penyelenggaraan pangkalan data kebangsaan yang bersepadu.
    (ii) Penggunaan pangkalan data berkomputer di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
    (iii) Pinjaman, rujukan perujukan, analisis dan penyatuan maklumat, kemudahan bibliografi, penyebaran maklumat terpilih dan penyalinan dokumen.
    (iv) Program pembelajaran pengguna untuk mewujudkan masyarakat yang sedar tentang pentingnya maklumat, serta meningkatkan kesedaran dan penghargaan pengguna terhadap nilai maklumat untuk membolehkan mereka memperoleh manfaat sepenuhnya daripada penggunaan bahan perpustakaan.
    (v) Program untuk menanam dan menggalakkan minat membaca.

  • Supaya negara tidak terlalu bergantung kepada sumber maklumat luar negeri, maka langkah-langkah berikut perlu diambil untuk:
    (i) Menggunakan sepenuhnya sumber maklumat negara serta membina pangkalan-pangkalan data kebangsaan, khasnya di sektor-sektor pembangunan yang utama.
    (ii) Mewujudkan pusat dan sistem maklumat di dalam bidang yang dianggap penting bagi negara.

  • Untuk mewujudkan tenaga ikhtisas yang dapat menampung perkembangan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di seluruh negara, langkah-langkah akan diambil untuk:
    (i) Menyediakan kemudahan pendidikan perpustakaan serta latihan di dalam negeri di peringkat pengajian tinggi.
    (ii) Mengeluarkan tenaga manusia yang mempunyai kelulusan, pengetahuan, sikap serta kemahiran yang diperlukan.
    (iii) Menyediakan pendedahan seterusnya dan pendidikan lanjutan untuk kakitangan.
    (iv) Menyediakan tenaga pekerja untuk perkhidmatan dan maklumat selaras dengan piawai serta norma kebangsaan.

  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini641
Minggu LepasMinggu Lepas4238
Bulan IniBulan Ini15041
Bulan LepasBulan Lepas21786
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2269496
Total count : 2269496 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 2024