Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

search

Carian

faq-img

Soalan Lazim

maklumbalas

Hubungi Kami

faq-img

Aduan & Maklumbalas

sitemap

Peta Laman

BM    EN

w3c

W3C

logo-jata
Laman Sesawang

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

image

faq-img

Warga

maklumbalas

Penerbit

maklumbalas

Awam

Perutusan Ketua Pengarah

Perutusan Ketua Pengarah


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

 

Dalam mendepani ledakan dan kepesatan ICT masa kini, PNM terus mengorak langkah mengembang dan memperkayakan sumber maklumat berasaskan digital bagi menjana masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan selaras dengan hasrat transformasi Kerajaan. Pelaksanaan pelbagai program transformasi tidak dapat memberi impak yang positif jika tidak disokong oleh ICT.

 

Oleh kerana ekspektasi masyarakat yang tinggi terhadap aksesan maklumat yang cepat, mudah lagi berkesan, lantas PNM berusaha melaksanakan transformasi bagi menyediakan perkhidmatan maklumat terbaik kepada orang ramai. Melalui laman sesawang ini, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai perkhidmatan atas talian yang boleh diakses secara percuma.

 

Pemantauan dan pengemaskinian laman sesawang ini akan sentiasa dilaksanakan agar maklumat yang disediakan sentiasa terkini dan relevan. Diharap perkongsian maklumat secara maya ini akan dapat melengkapkan masyarakat berbudaya membaca lantas melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi laman sesawang ini dan mengalu-alukan sebarang idea dan inovasi, serta pandangan bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan yang diberikan ke arah merealisasikan visi dan misi Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Semoga laman sesawang ini menjadi salah satu medium perkongsian maklumat kepada pengguna perpustakaan dan orang ramai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia


  •  
  • Print
  • Email this page

Bilangan Pelawat
Hari IniHari Ini36
Minggu LepasMinggu Lepas6930
Bulan IniBulan Ini18580
Bulan LepasBulan Lepas21786
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2272465
Total count : 2272465 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 2024