Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam


Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam

 
image    
Tajuk : Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam
Penulis : Zulkifli Hasan
No. Panggilan : 297.709595 MAS M
Lokasi : Aras 7, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia
Rumusan : Istilah ‘masa depan strategik’ adalah merujuk kepada masa depan yang dibentuk menerusi perancangan yang strategik. Bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan masa lalu dan bukan juga beremosi dengan kemunduran yang membelenggu. Perancangan strategik dan menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek kehidupan berpandukan nas sahih bakal menentukan kebangkitan Islam di abad ke-21 ini. Kebangkitan Islam pula tidak bermakna Islam itu perlu bangkit atau Islam itu perlu dibangunkan. Sesungguhnya Islam itu sudah sempurna dan ia tidak perlu kepada agenda kebangkitan. Apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan Islam di sini ialah kebangkitan umat Islam sama ada dari aspek minda, intelektual, sosio-ekonomi, politik, sains and teknologi, tamadun dan kesemuanya. Kebangkitan yang diaspirasikan di dalam buku ini juga merujuk kepada agenda kebangkitan yang ‘genuine’ and ‘sustainable’ dengan menjadikan konsep ‘rahmatan lil’alamin’ atau rahmat ke atas sekalian alam sebagai asas kebangkitan.

  •  
  • Print
  • Email this page