MRSM SEREMBAN 1972



Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972. Maktab ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1975.

Tujuan penubuhan MRSM ialah bagi menambah bilangan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi. Seramai 150 orang pelajar perintis Bumiputera telah menjadi kumpulan pertama diterima belajar di maktab ini. MRSM telah di naikkan taraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1993. Sehingga kini terdapat 21 buah MRSM dan 4 Kolej MARA di seluruh negara.

PENUBUHAN MRSM

  • Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan 1972
  • MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 1973
  • MRSM Kuantan, Pahang 1974
  • MRSM/ Kolej MARA Kulim, Kedah 1977
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu 1978
  • MRSM Muar, Johor 1980
 


  • MRSM Jasin, Melaka 1981
  • MRSM Taiping, Perak 1982
  • MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang 1982
  • MRSM Terendak, Melaka 1983
  • MRSM Beseri, Perlis 1985
  • MRSM Kerteh/Kuala Berang,Terengganu 1987
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan 1987
  • MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan 1987
  • MRSM PDRM Kulim, Kedah 1991
  • MRSM/Kolej MARA Banting, Selangor 1992
  • MRSM Gerik, Perak 1993
  • MRSM Kuching, Sarawak 1993
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan 1993
  • Kolej MARA Kuala Nerang Terengganu 1994
  • MRYT-MARA Dungun, Terengganu 1995
  • MRYT-MARA Besut, Terengganu 1995
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang 1995
  • MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu 1997
  • MRSM Langkawi, Perak 1999


Sumber :

Majlis Amanah Rakyat Buku Rekod Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia