BASIC COURSE FOR LIBRARY ASSISTANTS PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA




Basic Course for Library Assistants atau Kursus Asas Bagi Pembantu-pembantu Perpustakaan (1 - 31 Julai 1985) merupakan kursus pertama yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM). Kursus yang telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Sulaiman bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu bertujuan untuk menerapkan pengetahuan serta kemahiran asas dalam pengendalian perpustakaan diperingkat pembantu atau kerani perpustakaan.

 


Seramai 10 orang peserta dari luar negeri seperti Tonga, Fiji, Indonesia, Pakistan dan Brunei Darussalam telah dipilih mengikuti kursus tersebut. PKTM atau Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) adalah satu program kerjasama Malaysia dengan negara-negara membangun yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1980 dengan tujuan untuk menggalakkan kerjasama dan semangat berdikari.


Sumber :

Sekitar Perpustakaan , bil.8, Dis. 1985 / Zawiyah Baba.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia