TALIAN TELEFON TAHUN 1886




Talian telefon yang pertama yang disambung di negara kita (Persekutuan Tanah Melayu) mula dipasang dan digunakan pada awal tahun 1886 iaitu talian telefon yang tergantung merentangi hutan sepanjang 27 batu dari pejabat Residen British, Sir Hugh Low di Kuala Kangsar ke pejabat pembantu residen di Taiping, Perak.

 


Lima tahun kemudian 1891, ibu sawat telefon yang pertama di negara kita telah dipasang di Kuala Lumpur dan sebanyak 21 buah telefon telah digunakan dengan disokong oleh talian telefon dan telegraf sepanjang 400 batu. Menjelang tahun 1908, sistem telekomunikasi telah terpasang dengan lengkap di Semenanjung Malaysia.


Sumber :

Arkib Negara Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia