Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah
di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul
Razak bin Dato' Hussein Perdana Menteri pada ketika itu. Perlancaran
Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran
Pendidikan di negara kita. TV Pendidikan adalah salah satu projek
perkembangan pendidikan bagi sekolah rendah dan menengah terutama
sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu hisab.
|
|
Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya
kepada 215 buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada
peringakat awal, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan
TV Pendidikan kerana pada ketika itu sistem penyiaran kebangsaan
masih belum diperluaskan ke sana.
|