HABSAH HASSAN



Habsah Hassan (1952 - ) merupakan penulis lirik lagu terkenal di negara kita yang telah mencatatkan rekod sebagai penulis lirik lagu pertama yang dianugerahkan Piring Emas (Gold Disc) kerana berjaya menghasilkan paling banyak lirik lagu kesukaan ramai. Beliau menerima anugerah tersebut dari Syarikat Rakaman WEA di Kuala Lumpur pada tahun 1984. Di samping itu, beliau juga penulis lirik wanita pertama memenangi kategori penulis lirik terbaik dalam pertandingan Muzik-muzik anjuran TV3 pada tahun 1987.

 


Antara lirik lagu yang pernah dihasilkan termasuk Kupetik bintang-bintang, nyanyian Keny, Remy & Martin Merisik Khabar, nyanyian, Sudirman, Menaruh Harapan, nyanyian Zaiton Sameon dan lain-lain.









Sumber : Buku rekod Malaysia, edisi khas 1/Ghulam Jie M Khan, 1997



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia