<Seniman Agong
 
TAN SRI P. RAMLEE - Yang Pertama Darinya



LAKONAN - Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chinta 1948 arahan B.S. Rajhans, keluaran Shaw Brothers. P.Ramlee memegang peranan sebagai penjahat dan turut menjadi penyanyi latar dalam filem ini.

WATAK UTAMA - Filem pertama P.Ramlee memegang watak utama ialah Bakti 1950, arahan Dato' L. Krishnan. Beliau berlakon di samping aktres Kasma Booty.

ARAHAN - Filem pertama arahan beliau ialah Penarek Becha, 1955. Filem ini menjadi kebanggaan orang Melayu kerana ia adalah filem bercorak kemelayuan yang sebenar.

LAGU - Lagu pertama ciptaan P.Ramlee ialah Azizah yang telah dijadikan lagu latar filem Penarek Becha.

ANUGERAH - P. Ramlee menggondol Anugerah Pencipta Lagu Terbaik menerusi filem Hang Tuah 1956, arahan Phani Majumdar dalam Festa Filem Asia ke-3 di Hong Kong. Anugerah ini adalah anugerah pertama yang dimenangi oleh beliau di peringkat antarabangsa.

P.Ramlee telah mencatatkan rekod apabila diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Asia menerusi filem Anakku Sazali 1956, arahan Phani Majumdar dalam Pesta Filem Asia ke-4 yang berlangsung di Tokyo. Beliau adalah pelakon filem Melayu pertama yang memenangi anugerah ini.

 


P.Ramlee telah mendapat Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia menerusi filemnya Pendekar Bujang Lapok 1959 di Pesta Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur. Anugerah ini cukup bermakna kerana ia adalah anugerah bertaraf antarabangsa pertama diperolehi di anah air sendiri.

P.Ramlee telah dianugerahkan dengan gelaran The Most Versatile Talent, menerusi filem Ibu Mertuaku 1962 arahan beliau sendiri dalam Festival Filem Asia ke-10 di Tokyo. Anugerah ini pertama kalinya diperkenalkan untuk seniman serba boleh. Beliau juga adalah pelakon Melayu pertama yang memenangi anugerah istimewa ini.

KHAZANAH - Sebagai mengenang jasa dan merakamkan khazanah koleksi seni P.Ramlee, rumah dimana beliau menetap telah diubahsuai untuk dijadikan Pustaka Peringatan. Inisiatif oleh Arkib Negara Malaysia ini telah dirasamikan pada 22 Mac 1966.












Sumber :

Kenangan P.Ramlee/Ramli Ismail, 1998
Irama lagu P,Ramlee, Tan Sri : lagu-lagu filem 1948-1960/Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji & Johari Salleh, 1995



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia