Misbun Haji Sidek merupakan pemain badminton pertama di negara ini
yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun. Beliau
menandatangani kontrak dengan Kumpulan Pengurusan Antarabangsa -
IMG di Kuala Lumpur pada 7 Oktober 1984. Berasal dari Banting, Selangor
mula menyinar apabila muncul sebagai johan perseorangan daerah Banting
pada tahun 1976, ketika berusia 16 tahun.
Tahun 1979 telah terpilih menyertai skuad Piala Thomas dan mewakili
negara dalam acara perseorangan di Kejohanan All England kemudiannya
muncul juara kebangsaan apabila mengalahkan Moo Foot Lian pada tahun
1980.
|
|
Beliau berjaya mengalahkan Icuk Surgiato dalam Perlawanan Terbuka
Sweden dalam tahun 1982 dan muncul sebagai juara. Pada tahun 1982,
terpilih sebagai Olahragawan Kebangsaan dan berjaya menjadi Naib
Johan Piala Dunia Alba di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1983, sekali lagi muncul sebagai juara Terbuka Jerman
Barat dan seterusnya berjaya mempertahankan Kejuaraan Terbuka Sweden
dengan mengalahkan Morten Frost dari Denmark.
|