Tafsir Juzuk 29 : Surah-surah dalam juzuk 29 Al-Quran


 
   
Tajuk : Tafsir Juzuk 29 : Surah-surah dalam Juzuk 29 Al-Quran
Penulis : Aisyatur Rabiah binti Abdullah
No. Panggilan : 297.1229 SKS M
Lokasi : Aras 7, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia
Rumusan : Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim al-Ilyari berasal dari Kedah. Beliau merupakan salah seorang guru Al-Quran yang terkenal dan dijemput khas dari Mesir oleh Sultan Kedah sehingga ayah beliau dikenali sebagai “guru pelendik” al-Quran. Dalam pengubatan Islam, selain dari bapanya beliau pernah menuntut ilmu rawatan daripada Bapak Mokhtar Lintang, Tuan Haji Murshidi dan banyak lagi ilmuan Islam yang berkecimpung dalam bidang pengubatan Islam. Salah satu daripada bidang ilmu yang menarik minat beliau ialah ilmu tafsir al-Quran. Minat beliau dalam bidang penulisan telah membawa beliau untuk menulis dan menyusun serta merakam-pendapat-pendapat pentafsir muktabar agar ia mudah difahami dan diterjemahkan ke dalam amalan harian.Bagi beliau, tulisan dan tafsiran al-Quran dibaca dan dikongsi bersama-sama ahli keluarga dan manfaatnya kepada pembentukan jiwa kea rah menghayati ajaran al-Quran. Dalam menyusun tafsir al-Quran ini, beliau merujuk Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Kabir, Tafsir Ruhul Bayan, Tafsir Fi Zilal al-Quran dan beberapa rujukan tafsir lain yang berkaitan.

Kemaskini pada 2019-04-08 11:24:51 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page