Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesenian KSSR Semakan Bertemakan Seni Motif Tradisional Sarawak


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesenian KSSR Semakan Bertemakan Seni Motif Tradisional Sarawak

 
image    
Tajuk : Rancangan Pengajaran Harian:
Pendidikan Kesenian KSSR Semakan Bertemakan Seni Motif Tradisional Sarawak
Penulis : Institut Pendidikan Guru. Kampus Rajang
No. Panggilan : 371.1 RAN M
Lokasi : Aras 7, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia
Rumusan : Penerbitan Modul Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Kesenian KSSR yang bertemakan Seni Motif Tradisional Sarawak ini adalah inisiatif pensyarah dan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Iban ambilan Jun 2014. Modul ini mendokumentasi dan menyediakan satu set lengkap RPH daripada keempat-empat bidang dalam Seni Visual yang bukan sahaja dalam bentuk hardcopy, malahan dalam bentuk QR yang boleh dikongsi dan disebar luas melalui internet dan secara langsung sebagai panduan dan rujukan kepada para guru dalam membuat persediaan atau perancangan serta melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas sekolah rendah. Dengan itu, ia akan menjadi satu platform bagi mendedahkan seni motif tradisional Sarawak dan sekaligus mempromosikannya sebagai satu jenis seni budaya etnik Sarawak yang mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Sesungguhnya, projek ini menjurus kepada peningkatan profesionalisme dan pengesahan kualiti serta kredibiliti para pensyarah dan pelajar, selaras dengan pembentukan dan kemenjadian insan yang mengenali warisan budaya diri sendiri sejajar dengan tuntutan Pendidikan Abad Ke-21.

  •  
  • Print
  • Email this page