Pergelutan Demi Perubahan : Komentar Sosio- Politik Malaysia


 
   
Tajuk : Pergelutan Demi Perubahan : Komentar Sosio- Politik Malaysia
Penulis : Dzulkefly Ahmad
No. Panggilan : 320.9595 DZU M
Lokasi : Aras 7, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia
Rumusan : Buku ini merupakan satu buku yang signifikan dalam merakamkan pergelutan dan naratif perjuangan seorang yang mendakwa memiliki jalur pemikiran-pemikiran Islamis Demokrat. Pergelutan, akibat persaingan semak-imbang (Sunan at-Tadaafuq), terangkum dalam tiga dimensi utama iaitu pergelutan dalaman parti, pergelutan dengan kebokrokan parti pemerintah dan pergelutan mengadvokasi risalah Rahmatan Lil ‘Alamin di negara ini. Dengan hasrat mengemudi politikal Islam supaya sentiasa kekal releven di persada politik negara mahupun di pentas antabangsa, penulis dan rakan-rakan seperjuangannya terpaksa mendepani pelbagai rintangan yang sudah tentu bukan kepalang termasuk pelbagai tuduhan dilekatkan ke atas batang tubuh dan pemikirannya. Buku ini memaparkan pelbagai cubaan menegakkan dan meneguhkan fikrah perjuangan dalam simpang-siur pergelutan pemikiran yang masing-masing bergelut mencari pengaruh dan tapak sokongan. Dalam persaingan fikrah yang getir yakni antara memposisi kedudukan Islam yang inklusif dan progresif, penulis dan rakan-rakan seperjuangan terpaksa berdepan dengan pemikiran yang memajukan doktrin yang tidak semestinya terbit atau disanksi oleh tujuan utama syariah atau Maqasid Al-Shariah.

Kemaskini pada 2019-04-08 15:12:44 daripada Administrator 2

  •  
  • Print
  • Email this page