Kesenian tradisi penulisan juga meliputi bidang jilidan. Orang Melayu mengambil idea menggunakan kulit untuk menjilid manuskrip. Ada daripadanya dihias dengan lukisan motif berbunga dan dicap di kulit melalui proses �blind stamping�. Selain daripada itu, manuskrip dijilid dengan menggunakan bahan daripada alam persekitaran seperti kulit kayu dan kulit binatang. Kain yang bercorak juga digunakan untuk membalut kulit keras dan dijadikan bahan jilidan.

MSS 491
Muqaddimat al-mubtadi

Kitab ini adalah mengenai usuluddin. Ianya menggunakan kulit kayu yang berkelepek.
MSS 323
Jawahir al-sanniyah

Mengandungi keterangan mengenai ilmu akidah, sifat-sifat Allah, munakahat, muamalat dan jenayah. Dibalut dengan kulit kambing dalam bentuk asli di mana bulunya masih terpelihara.
MSS 1192
Fal al-Quran
.
Hukum akal. Doa. Kitab raksi. Muqaranah niat sembahyang Mengandungi pelbagai perkara yang meliputi tauhid dan fikah. Ianya dijilid dengan kulit binatang tanpa cap yang berkelepek dan dililit dengan tali yang diikat pada satu lubang.
MSS 2258
Hidayat al-habib

Memperkatakan tentang pekerjaan segala amal kebajikan dan menjauhi daripada segala amal kejahatan. Dijilid dengan kulit warna coklat dihias dengan lukisan �blind stamping� di keliling manuskrip dan di bahagian tengah.
MSS 1721
Mohor nubuwwah. Azimat

Memberi fadilat mohor nubuwwah. Manuskrip dijilid dengan kulit keras berwarna coklat yang dihias dengan lukisan motif berbunga-bunga di dalam bingkai yang kesemuanya berwarna kuning keemasan.
MSS 156
Bughiyat al-tullab

Dikarang oleh Syeikh Daud bin Abdullah Fatani.
Sebuah kitab fikah. Manuskrip ini dibalut dengan kulit binatang yang berkelepek berwarna coklat yang dihias dengan cap berbunga.
MSS 2230
Kitab tasawuf

Dijilid dengan kulit berwarna coklat yang dihias dengan lukisan �blind stamping�.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.


Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.