|
MSS 1714
Hikayat Bayan Budiman
Disalin pada 17 Syawal 1336H. [26 Julai 1918M.]
Hikayat ini merupakan satu hikayat yang popular yang juga dikenali
dengan Hikayat Khoja Maimun. Ia mengisahkan kebijaksanaan
seekor burung bayan yang telah menyampaikan berbagai cerita
dengan tujuan menghindar Bibi Zainab, isteri Khoja Maimun, daripada
berlaku curang semasa ketiadaan suaminya. |
|
MSS
1063 (A)
Hikayat Inderaputera
Disalin oleh Kapitan Salimuddin pada 19 Oktober
1866 di Kampung Kertel, Sri Lanka. Mengisahkan pengembaraan
Inderaputera untuk mendapatkan ubat bagi mengubati Puteri Mengindera
Sari Bulan yang dihadapinya dengan pelbagai rintangan dan kesaktian.
|
|
MSS
437
Hikayat Nabi mikraj
Disalin pada hari Jumaat, 1310H. [1892M.]
Menceritakan peristiwa Nabi dibawa ke langit mengadap Allah.
|
|
MSS
427
Hikayat Amir Hamzah
Menceritakan kegagahan dan keberanian Amir
Hamzah. |
|
MSS
2718
Hikayat Isma Dewa
Disalin pada waktu zuhur, 17 Safar oleh Abdul
Samad Jawi Kelantan. Menceritakan kegagahan dan kesaktian Isma
Dewa yang berjaya mengalahkan kaum jin, naga, raksaksa, binatang
dan lain-lain rintangan. |
|
MSS
426
Hikayat Marakarma
Mengisahkan pengembaraan Marakarma yang mengalami
peristiwa-peristiwa sedih dan menghadapi berbagai peperangan. |
|
MSS
438
Hikayat Indera Quraisyin
Dikarang oleh seorang pengarang yang tidak
diketahui namanya yang berasal dari masyarakat Melayu Sri Lanka.
Mengisahkan pengembaraan Indera Quraisyin untuk mencari Tuan
Puteri Zamzam Ratna Angkasa. Pelbagai halangan dan ujian terpaksa
ditempuhinya, namun kerana kebijaksanaan dan kegagahannya semuanya
dapat diatasi. |
|
MSS
435
Hikayat Kejadian Baginda Rasulullah
Mengisahkan tentang susur galur keturunan
Nabi Muhammad s.a.w, peristiwa yang berlaku sebelum kelahiran
Baginda, sejarah hidup, perjuangan dan mukjizat Baginda dalam
menyampaikan agama Islam kepada umat manusia. |
|
MSS 2341
Hikayat Nabi Sulaiman
Tamat disalin pada hari Ahad, bulan Syaaban
Mengisahkan tentang Nabi Sulaiman a.s yang dilantik menjadi
raja di Baitul Muqaddis. Baginda mempunyai sebentuk cincin kekuasaan
kerajaannya yang membolehkan Baginda melakukan pelbagai perkara
yang luar biasa. Cincin itu kemudiannya dicuri oleh jin setelah
memperdayakan Balqis isteri beliau. Di akhir cerita cincin itu
ditemui kembali. |
|
MSS
422
Hikayat Ahmad Muhammad
Disalin oleh Samsuddin ibn al-Taif pada hari
Khamis 13 Zulhijjah bersamaan 18 April 1867M. di Lapiti, [Sri
Lanka]. Mengisahkan tentang dua orang putera raja negeri Syam
iaitu Ahmad dan Muhammad. Mereka telah mengembara untuk menyelamatkan
diri dari dibunuh oleh seorang nakhoda. Semasa pengembaraan
mereka telah menghadapi pelbagai rintangan dan pada satu ketika
mereka telah berpisah, tetapi akhirnya bertemu semula. |