
|
Syair tergolong dalam puisi tradisional yang
merupakan peninggalan masyarakat lama yang terus hidup dan
berperanan dalam masyarakat semasa. Syair terdiri daripada
empat baris, dengan sanjak a,a,a,a. Setiap baris terdiri daripada
9, 10 atau 12 suku kata. Keempat-empat baris ini merupakan
sebahagian daripada sebuah puisi yang agak panjang. Fungsi
syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran dan
digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.
|
|
MSS
105 (A)
Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang
Bidasari yang rupawan menjadi mangsa cemburu Permaisuri Indrapura. |
|
MSS
778
Syair surat al-qiyamah
Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan yang menceritakan tentang
keadaan hari kiamat, nikmat di syurga dan seksa di neraka.
|
|
MSS
25
Syair Siti Zubaidah
Sebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan
tentang kesetiaan, ketabahan dan keberanian seorang wanita bernama
Siti Zubaidah yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjejaki
dan membebaskan suaminya yang di dalam tawanan. |
|
MSS
450
Syair Sultan Abdul Muluk
Disalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis
di Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri Lanka]. Kitab asal ditulis
oleh Raja Ali Haji.
Menceritakan
bagaimana Sultan Abdul Muluk yang ditawan oleh Sultan Hindustan
diselamatkan oleh isterinya, Siti Rafiah.
|
|
MSS
428 (A)
Syair Pertuanan Alif
Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat,
bulan Rabiulakhir. Sebuah syair berbentuk keagamaan yang antara
lainnya membicarakan mengenai makrifat Islam. |
|
MSS
440 (A)
Syair Burung Merpati
Sebuah syair yang menerangkan mengenai
ilmu tauhid, merangkumi rukun iman dan amalan-amalan yang perlu
dilakukan. Penerangan dilakukan melalui perbualan pelbagai jenis
burung. |
|
|