Manuskrip perubatan tradisional Melayu yang dikenali dengan nama Kitab Tib mengandungi ilmu sains perubatan yang tinggi yang mengkagumkan. Ianya amat popular di zaman lampau dan digunakan orang masyarakat Melayu sebagai panduan untuk mengubati pelbagai penyakit. Dirakamkan penemuan tentang cara-cara mengubati penyakit menggunakan bahan daripada alam flora dan fauna dicampur dengan rempah ratus yang didapati mujarab untuk mengubati sesuatu penyakit.

MSS 2219
Kitab Tib

Di antara lain menyatakan ubat sembelit, senggugut dan ubat meroyan. Contoh ubat senggugut:
Ambil daun ati-ati yang hitam atau merah segenggam , ramas dan ambil airnya. Campurkan garam tiga buku dan minum pada waktu pagi selama tiga hari.
MSS 1925
Kitab Tib

Di antara lain memberi ubat sakit leher, senak perut dan sakit puru.

MSS 759
Kitab Tib

Memberi ubat sakit angin, sakit bengkak di dalam perut, loya dan buang air berdarah. Contoh;
Ubat loya — Ambil jintan hitam, jintan putih, halia, kapur barus, garam mesiu, dicampur dengan air madu dan minum.

MSS 1933
Kitab Tib

Di antara lain memberi ubat sakit puru, sakit mata dan mengubati ketumbuhan.
MSS 1292
Kitab tib

Ubat Batuk — Perah air buah berangan yang masak sebanyak tujuh biji, campur dengan susu kerbau, diminum tiga pagi berturut-turut.
Ubat sakit mata yang bengkak — Asah ketumbar dengan air mawar sapu pada mata yang bengkak itu. Ubat serawan Bakar daun pandan yang kering di pohonnya, abunya dicampurkan dengan air pinang, sapu pada yang sakit itu.
MSS 1796
Kitab tib

Ubat mulut berbau — Pipis lumat-lumat bawang putih dan bunga lawang, campur dengan air madu, minum tiga pagi sebelum makan nasi.
Ubat tumbuh rambut — Ambil abu bayam tanah dan akar teberau yang dibakar. Asah hempedu ayam hitam di batu. Campurkan kesemuanya itu dengan minyak sapi dan minyak jarak, sapu pada kepala.
MSS 1754
Kitab tib

Ubat menyihatkan badan bagi perempuan — Giling lumat-lumat limau nipis, jintan putih, bawang putih dan majakani diminum selama tiga pagi.

MSS 1653
Kitab tib dan petua

Menerangkan cara mengubati pelbagai jenis penyakit serta petua untuk menyihatkan anggota badan. Antaranya:
Gigi teguh — Apabila selesai mandi pagi, perah kain basah dan dipintal kuat-kuat, kemudian dibaca jampi ini "Tok asa tok isi, patah tangga ikat besi, teguh tegak akan gigi". Kemudian digigit kain yang dipintal itu dengan sekuat hati.


Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.