Hasil daripada pengalaman hidup zaman berzaman yang penuh dengan cabaran, masyarakat Melayu silam telah dapat mengumpulkan satu himpunan ilmu dan kemahiran yang unik dalam bidang petua, azimat dan firasat. Ianya menyentuh pelbagai bidang kehidupan seperti membina rumah, mengembara, memelihara binatang dan kesejahteraan rumah tangga. Khazanah manuskrip Melayu yang agak besar ini membuktikan ketinggian pemikiran mereka yang sukar ditandingi.

MSS 1789
Petua dan azimat

Memberi pelbagai petua dan azimat, di antaranya masa yang sesuai untuk berjalan, petua membina rumah dan alamat pergerakan badan.
MSS 1105
Kitab raksi

Disalin oleh Encik Mustafa pada tahun 1302H. [1884M.] di Pulau Panjang, Riau. Kitab raksi ini digunakan sebagai kitab menilik nasib pasangan yang akan berkahwin.
MSS 1177
Petua

Mencatat petua-petua orang Melayu seperti alamat pergerakan bahagian-bahagian tertentu tubuh badan, waktu yang sesuai untuk berjalan, dan alamat binatang masuk ke rumah atau kampung pada hari tertentu.
MSS 2151
Petua lembu, anjing, burung dan kucing

Memberi petua dalam memilih binatang peliharaan. Antaranya:
Jika kedua telinga kucing itu putih, hidungnya bertampung putih, tubuhnya bercoreng, mukanya bujur sedikit, tubuhnya tidak panjang, baik disimpan di rumah kerana memberi berkat.
Jika burung itu ekornya ada lima belas, dinamakannya raja burung, baik disimpan kerana rumah tidak akan dijilat api.
MSS 800
Ta�bir mimpi

Menyatakan pelbagai alamat mimpi. Antaranya:
Jika bermimpi bintang turun ke rumahnya alamat beroleh kekayaan atau beroleh anak yang baik.
Jika bermimpi menangkap burung putih atau datang sendirinya alamat beroleh perempuan yang budiman.
MSS 775
Azimat

Memberikan pelbagai azimat. Antaranya ialah:
Mengelakkan pencuri naik ke rumah
Melariskan perniagaan dan
Pengasih perempuan
MSS 2390 (A)
Firasat

Manuskrip ini memberikan pelbagai firasat berpandukan kepada bentuk, sifat dan tanda pada anggota tubuh badan seseorang. Contohnya:
Rambut yang ikal lagi hitam berkilat-kilat itu tanda berakal lagi sempurna bicaranya.
Tahi lalat pada lengan itu tanda mudah memberi pertolongan kepada sesiapa.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.