Naskhah Undang-undang Melayu lama memperlihatkan pemikiran masyarakat Melayu lampau, iaitu satu pemikiran yang melahirkan sistem undang-undang. Ia bukan sahaja merupakan sesuatu catatan garis panduan untuk menjaga keamanan dan menegakkan keadilan, bahkan mencerminkan cara hidup dan adat masyarakat itu sendiri. Naskhah Undang-undang Melayu boleh dibahagikan kepada undang-undang negeri dan undang-undang pelabuhan. Hukum Kanun Melaka merupakan naskhah undang-undang yang tua dan penting sekali.

MSS 23
Hukum kanun Melaka

Manuskrip ini membicarakan tentang undang-undang Melaka yang di antaranya membicarakan mengenai hukum pantang larang diraja, hukum jenayah dan hukum pertuanan.
MSS 1589
Undang-undang Minangkabau

Karya ini merupakan rakaman bertulis tentang pemikiran dan adat kaum Minangkabau yang masih diamalkan sehingga kini. Mendedahkan hukum adat Minangkabau dalam bentuknya yang asli serta memberi gambaran tentang peranan dan kemahiran pengarang Melayu lama dalam kepengarangan dan wacana.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.