Tradisi menulis di kalangan masyarakat Melayu tradisional, terutama sekali di sekitar istana, telah dapat melahirkan sejumlah koleksi manuskrip Melayu bercorak sejarah yang boleh dibanggakan. Rentetan peristiwa yang dicatat dalam karya-karya ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

MSS 6
Misa Melayu

Ditulis pada tahun 1252H. [1836M.].
Menceritakan salasilah raja-raja Perak dari Almarhum Jalilullah hingga Sultan Mahmud Syah.
MSS 18
Salasilah Melayu dan Bugis

Disusun dan ditulis oleh Raja Ali Haji pada tahun 1282H. [1865M.] di Riau. Mengisahkan asal usul raja-raja Bugis di Mempawah dan pengembaraan upu lima beradik di alam Melayu. Menceritakan pergolakan politik di Kalimantan Barat, kedatangan Bugis ke Johor, persengketaan Raja Kecil dengan kerajaan Johor-Riau.
MSS 809
Sejarah Patani

Disalin daripada naskhah yang ditulis pada tahun 1202H. [1787M.] Menceritakan tentang sejarah asal usul negeri dan kerajaan Melayu tua, bermula daripada raja yang pertama hingga kepada kejatuhan Patani kepada kuasa Siam pada abad ke-20.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.