Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan hasil khazanah bercorak adab atau sastera nasihat tentang moral dan tatakelakuan manusia. Salah sebuah genre khusus tentang karya adab tersebut dikenali umum dalam kesusasteraan Melayu sebagai karya ketatanegaraan. Genre ketatanegaraan merupakan sekumpulan karya yang dihasilkan oleh para penulis istana Melayu bertujuan untuk memberi panduan mengenai tatacara pemerintahan kepada raja dan pembesar negara.

MSS 432
Adab raja-raja

Manuskrip ini bertujuan memberi panduan kepada raja-raja dari segi ketatanegaraan.
MSS 2530
Taj al-salatin

Disalin pada tahun 1306H. [1888M.] Manuskrip ini memberikan ajaran moral, pendidikan, panduan dan sebagainya kepada raja-raja dalam melaksanakan pemerintahannya.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.