Pemuliharaan Manuskrip Melayu mula dihasilkan dalam lingkungan abad ke-14 dan selewat-lewatnya di akhir abad ke 19. Dengan sendirinya manuskrip yang masih ada dalam simpanan sekarang kelihatan uzur dan tidak sempurna. Keadaan alam persekitaran dan kecuaian manusia menyumbang ke arah kehancuran manuskrip Melayu. Amat penting ianya disimpan dan dipulihara agar dapat dilanjutkan usianya demi kepentingan masyarakat dan generasi akan datang.

Pembersihan
Habuk yang ada dalam manuskrip dibersihkan dengan menggunakan berus atau sepan yang lembut.
Menguji Kandungan Asid
Salah satu unsur terpenting yang merosakkan kertas ialah kandungan asid yang terdapat pada fibernya. Kandungan asid perlu diuji terlebih dahulu sebelum pembaikan dibuat.
Penyahasidan
Proses penyahasidan dilakukan bertujuan untuk membersihkan fiber kertas daripada elemen asid untuk menghalangnya meresapi dan menghancurkan kertas.
Pengeringan
Kertas yang telah dibuat penyahasidan seterusnya dikeringkan. Setiap helai dikeringkan di atas penyidai khas.

Top

Pembaikan Tradisional
Pembaikan tradisional dibuat untuk menguatkan helaian kertas bagi manuskrip yang dalam keadaan fizikal yang uzur. Bahagian tepi kertas dikukuhkan dengan kertas kosong tanpa asid di kedua-dua belah muka suratnya. Di samping itu, semua lubang pada kertas ditutup dengan kertas tanpa asid sebelum dilekatkan dengan kain sutera.

Pembaikan Menggunakan Mesin �Leafcasting�
Mesin 'leafcasting' ini diubahsuai dan direka oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Ianya digunakan untuk membaiki manuskrip di mana kertasnya berlubang-lubang tetapi keadaan fizikal kertas masih kukuh. Melalui proses pembaikan ini keadaan asal manuskrip dapat dikekalkan.
Jilidan
Helaian kertas yang telah dibaiki, dijahit sebelum ianya dijilid. Setiap manuskrip dijilid dengan menggunakan kulit yang diperbuat daripada kulit kambing. Judul dan nombor manuskrip ditinta di tulang belakang manuskrip yang telah dijilid itu.

Warisan Terpulihara
Proses pemuliharaan amat penting agar manuskrip yang telah uzur dapat dibaiki supaya ianya boleh dirujuk dan dihayati. Walaupun kita kini di alam millenium dengan teknologi yang serba canggih, namun warisan minda Melayu yang terakam dalam bentuk tulisan lama ini tidak seharusnya dipinggirkan dan dianggap tidak relevan sebagai bahan kajian malah diberi perhatian yang seimbang demi generasi hari ini dan akan datang.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.


Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.