Penulisan artikel mengenai manuskrip Melayu banyak dipaparkan dalam jurnal tempatan dan luar negara yang ditulis dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda dan Perancis.


Dalam Negara
Jurnal Filologi Melayu
Sebuah jurnal ilmiah yang memuatkan artikel berkaitan dengan pengajian manuskrip Melayu untuk dimanfaatkan oleh mereka yang berminat kepada warisan ilmu Melayu. Ianya diterbitkan sekali setahun.
Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
Menyebarkan pelbagai maklumat dan perkara mengenai sejarah Malaysia dan kawasan persekitarannya.Memuatkan artikel mengenai sejarah dan warisan negara termasuk manuskrip Melayu yang ditemui di merata pelusuk dunia. Diterbitkan dua kali setahun pada bulan Jun dan Disember.
Malay Literature
Mengandungi artikel mengenai kesusasteraan alam Melayu, Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Diterbitkan 2 kali setahun pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenggara
Memuatkan karya-karya kreatif dalam bahasa Inggeris daripada penulis Asia Tenggara. Mengandungi perbincangan tentang sastera dan kebudayaan di Asia Tenggara. Jurnal ini diterbitkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Luar Negara
Archipel
Mengandungi karya mengenai pengajian Asia Tenggara dalam bahasa Perancis dan Inggeris. Archipel diterbitkan oleh Ecole des Hautes Etudes en Sciences Sociales.
Bijdragen tot de Taal-, Land-en Volkenkunde
Memuatkan artikel-artikel mengenai pengajian Indonesia Belanda. Meliputi bahasa, antropologi dan sejarah Asia Tenggara termasuk juga artikel mengenai koleksi manuskrip Melayu di Indonesia dan Belanda. Jurnal ini diterbitkan oleh Koninklijk Instituut Voor Taal-, Land-En Volkenkunde (Royal Institute of Linguistics and Anthropology).
Indonesia Circle
Diterbitkan tiga kali setahun oleh School of Oriental and African Studies, Universiti London. Menyiarkan artikel-artikel dalam bahasa Inggeris mengenai bahasa, sastera, seni, sejarah, arkeologi, geografi, agama dan antropologi Indonesia.

Carian Manuskrip Melayu 
 
Paparan Terbaik - Netscape4 or IE4 ke atas dengan resolusi 800x600; RealPlayer dan Flash Player.

Hak Cipta Terpelihara ©2002 Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia, 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur, MALAYSIA.