tit_fana.jpg (10951 bytes)

Bermula pada tahun 1995, Perpustakaan Negara Malaysia telah berusaha untuk mengumpul koleksi bahan fana (ephemeral materials). Bahan fana ini termasuk brosur, poster, buku cenderamata, poskad dan bahan seumpamanya. Sebenarnya bahan fana adalah juga penting kerana maklumat yang terdapat di dalamnya merakamkan sesuatu peristiwa yang mungkin tidak tertulis di mana- mana bahan lain. Pada zahirnya bahan ini mungkin kelihatan tidak penting kerana ia bercirikan hasil terbitan yang tidak mempunyai isi kandungan yang banyak dan bersifat temporari. Oleh yang demikian bahan-bahan ini sering dibuang selepas ianya selesai digunakan umpamanya buku aturcara bagi majlis-majlis tertentu dan sebagainya. Usaha yang dibuat oleh PNM mengumpul bahan seumpama ini adalah bagi memastikan supaya ianya tidak hilang begitu sahaja. Dengan demikian maklumat yang ada di dalam mana-mana bahan fana dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja. Bahan filateli juga terdapat dalam koleksi ini iaitu setem-setem Malaysia termasuk sampul surat hari pertama dan sebagainya.

 


Hak Cipta � 2000 Bahagian Rujukan Malaysiana
Perpustakaan Negara Malaysia