KOLEKSI
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Pengenalan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Apakah yang dimaksudkan dengan koleksi Malaysiana? Tradisi untuk menamakan sesuatu koleksi bahan yang diterbitkan dalam sesebuah negara itu atau mengenai negara tersebut atau ditulis oleh rakyatnya dengan satu nama yang unik lazim dilakukan oleh negara-negara di dunia. Jika Malaysia memberi istilah Malaysiana kepada koleksinya, terdapat beberapa negara lain yang memberi istilah yang hampir serupa misalannya negara Philipines menggunakankan istilah Filipiana Collection dan Australiana Collection bagi Australia. Peranan utama setiap perpustakaan negara adalah menyimpan dan memperluaskan penggunaan koleksi terbitan dalam negaranya serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaysia sewajarnyalah institusi ini menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. Dalam hal ini ada kemungkinan kurangnya penghayatan rakyat berkaitan peranan mereka dalam membantu kerajaan membina koleksi ini. Koleksi Malaysiana koleksi kita, kekayaan negara, warisan bangsa. Di Perpustakaan Negara Malaysia, Koleksi Monograf Malaysiana ditempatkan di Bahagian Rujukan Malaysiana, Aras 2, Blok Tengah terdiri dari bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia yang mana keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Koleksi ini bertujuan untuk mengumpul semua maklumat mengenai negara dan hasil penulis-penulis tempatan yang berbentuk monograf untuk menyediakan perkhidmatan rujukan mengenai Malaysia kepada orang ramai. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Koleksi Monograf Malaysiana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bahan
dalam Koleksi Monograf Malaysiana terdiri dari buku, ensaiklopedia, kamus, panduan,
bibliografi, kertas persidangan, mikrofilem dan mikrofis. Terdapat juga koleksi risalah
yang boleh dirujuk oleh pembaca.
Bahan Malaysiana dalam bentuk mikrofilem dan mikrofis disimpan di bilik Koleksi Khas dan boleh dirujuk. Koleksi-koleksi Perpustakaan Negara Malaysia disusun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC).
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara �2000 Perpustakaan Negara Malaysia |