Feri Cruise Muhibbah seberat 7,900 tan dan panjangnya 134 meter
merupakan feri persiaran serba mewah yang pertama dan terbesar di
negara kita. Feri milik kerajaan Malaysia ini dibeli dari Finland
dengan harga RM50 juta pada bulan November 1984 dan telah dilancarkan
perkhidmatannya oleh Sultan Pahang di pelabuhan Kuantan pada 31
Ogos 1986.
|
|
Perkhidmatan pertamanya adalah dari Pelabuhan Kuantan ke Sarawak
yang telah dibuat pada 18 November 1986. Feri setinggi bangunan
tujuh tingkat ini mampu belayar selaju 19 batu nautika dan boleh
menampung seramai 1,000 penumpang serta lebih 100 kenderaan pada
satu masa.
|