Perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang merupakan feri
penumpang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini.
Perkhidmatan ini dimulakan buat pertama kalinya pada tahun 1894
dengan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke
Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ini diusahakan oleh sebuah syarikat
adik beradik Quah Beng Kee yang berpengkalan di Pulau Pinang.
Pada 1924, perkhidmatan ini telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan
Pulau Pinang yang kemudiannya memperkenalkan perkhidmatan feri yang
lebih besar dan selesa. Setahun kemudian, sebuah jeti baru dibina
iaitu Church Street Ghaut, Pulau Pinang dan jeti Mitchqel Pier di
Butterworth.
|
|
Pada tahun 1956, dua buah jeti baru iaitu Pengkalan Raja Tun Uda
di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth
dibina. Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959. Beliau
telah menamakn pengkalan baru di Pulau Pinang dengan nama Raja Tun
Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Beliau kemudiannya
menyeberang dengan feri ke Butterworth dan menamakan pengkalan di
situ sebagai Pengkalan Sultan Abdul Halim, iaitu Sultan Kedah Darul
Aman.
Perkhidmatan feri yang kini dikendalikan oleh Pesuruhjaya Pulau
Pinang.
|