Pada 9.6.1948, "Renong", sebuah kapal besi yang pertama dibuat di
Tanah Melayu telah dilancarkan di Limbungan Straits Steamship, Sungai
Nyok, Butterworth. Upacara pelancaran telah dilakukan oleh Puan
A. V. Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap bagi Persekutuan Tanah
Melayu.
|
|
Kapal yang direka oleh Syarikat Ritchie and Bisset ini mempunyai
berat 295 ton dan berukuran 130 kaki panjang. Ia mampu menampung
berat muatan 250 ton dan memuatkan 100 orang penumpang serta kakitangan
seramai 46 orang. Kapal ini boleh mencapai kelajuan 10 knot.
|