SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN




Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) telah diusulkan pada awal tahun 1980an, apabila Kajian Pengangutan Pelan Induk Kuala Lumpur mendapati bahawa ibu kota memerlukan sistem rel bersepadu untuk memperbaiki infrastruktur pengangkutannya. Pada akhir tahun 1991, STAR telah ditubuhkan untuk membina, memiliki dan mengendalikan fasa pertama Light Rail Transit (LRT).

LRT menggunakan keretapi moden berkuasa elektrik dan bergerak di atas dua landasan untuk menawarkan pilihan yang selesa dan boleh dipercayai untuk bergerak dalam kawasan bandar Kuala Lumpur.

 


Fasa 1 meliputi laluan sejauh 12 kilometer dari Ampang ke Jalan Sultan Ismail. Tiga belas stesen dibina di sepanjang laluannya. Setiap keretapi mengandungi dua gerabak sepanjang 28 meter dan selebar 2.68 meter setiap satu dengan enam pintu di setiap gerabak. Setiap gerabak boleh membawa sehingga 396 penumpang. LRT beroperasi 8 jam setiap hari, dari 6:00 pagi hingga tengah malam.






Sumber :

Risalah STAR



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia