Sejarah sistem keretapi di negara ini bermula pada 1 Jun 1885 apabila
jalan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang menyambung Taiping
dengan Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8 ? batu di buka dengan
rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu. Kerja-kerja
pembinaan jalan keretapi yang pertama ini dimulakan dalam tahun
1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan berjumlah ?7000 ditanggung
oleh Kerajaan Negeri Perak.
|
|
Tujuan utama jalan keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan
antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu
Port Weld. Jalan keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan
keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan
landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi
pertama di negara ini.
|