LOKOMATIF KERETAPI NEGERI-NEGERI MELAYU PERSEKUTUAN



Lokomotif ini adalah lokomotif pertama Keretapi Negeri-negeri Melayu Persekutuan dan mula-mula digunakan dalam tahun 1923. Perkhidmatannya ke Pantai Timur telah diberhentikan pada bulan November 1969. Sehingga ketika itu, lokomotif ini telah meliputi perjalanan sejauh 1 ? juta batu.

Lokomotif WAP kecil kelas 'T' adalah salah satu dari lima enjin lokomotif kecil yang dibina oleh W.G. Bagnall Ltd. Of England pada tahun 1927.

 


Lokomotif tersebut dengan "plates frames" dari gerabak kuda merupakan enjin-enjin yang pertama buatan British yang mempunyai tempat membakar yang dibuat dari besi (Steel Fireboxes) dan merupakan yang pertama juga di bawah masuk untuk kegunaan Keretapi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929. Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan pelabuhan dan telah berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham (sekarang Pelabuhan Kelang) sehingga tahun 1964.


Sumber :

Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia