Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai
lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah
diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi
bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.
|
|
Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan
diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini
berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca.
Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah
sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.
|