PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL




Berikutan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan kereta buatan Malaysia, seluruh rakyat telah dipelawa untuk mengambil bahagian menamakan motokar nasional tersebut. Peraduan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah menarik penyertaan 102,823 orang.

Staf Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen di Pulau Pinang telah diisytihar pemenang apabila beliau menamakan motokar nasional sebagai Proton Saga. Pelancaran Proton Saga telah dilakukan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1985.


 


Pencapaian ini adalah satu bukti kemajuan negara dalam industri berat. Proton Saga dikeluarkan dalam dua kelas iaitu 1.3 cc dan 1.5 cc. Harga ketika pelancaran adalah RM21,000 hingga RM23,000 (termasuk cukai di atas jalan).

Pengeluaran awal kereta ini adalah dalam warna biru muda, biru tua, coklat, putih serta merah dalam bentuk metalik dan cat biasa. Pembangunan industri ini berkembang dengan pesat sehingga lahir beberapa model lain selepas model Saga seperti Proton Iswara, Proton Wira, Proton Tiara, Proton Perdana, Proton Satria, Proton Putra dan Proton Waja.


Sumber :

Proton Saga Kereta Nasional/ Sidang Pengarang Idealis.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia