PAMERAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN



Pameran Perdagangan dan Perindustrian Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah diadakan di Padang Y.M.C.A. Brickfields, Kuala Lumpur pada 10.8.1963.

Pameran yang berlangsung selama 29 hari ini telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

 


Sebanyak 286 gerai yang telah didirikan di satu kawasan seluas empat setengah ekar. Lebih daripada 60 ribu ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan pameran itu. Pameran ini juga membuktikan bahawa perkembangan perdagangan, perniagaan dan perindustrian Persekutuan Tanah Melayu telah maju setapak lagi ke hadapan setelah enam tahun mencapai kemerdekaan.



Sumber :

Hari Ini Dalam Sejarah



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia