ARAB-MALAYSIAN BANK BERHAD - KAD AMBANK VISA AL-TASLIF




ARAB-MALAYSIAN BANK BERHAD (AMBANK) adalah bank yang pertama di rantau Asia Tenggara melancarkan Kad AMBANK Al-Taslif Visa. Kad Perbankan Islam yag beroperasi di bawah rukun Syariah Al-Bai' Bithaman Ajil ini, dilancarkan pada hari Jumaat, 13 September 1996.

Kad AMBANK Al-Taslif Visa ini menawarkan kemudahan kad kredit yang boleh digunakan di dalam dan luar negara seiring dengan polisi kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Walaubagaimanapun, Al-Taslif hanya membenarkan para pemenang kadnya membuat perbelanjaan berbentuk halal sahaja.

 


Kad ini juga membolehkan pengguna sumbangan sejajar dengan cogan katanya 'Beramal Sambil Berbelanja' dan kemudahan pembayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Al-Taslif diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kedua-dua komuniti Islam dan bukan-Islam di negara ini sambil mempromosikan Skim Perbankan Islam, sejajar dengan objektif Kerajaan. Al-Taslif adalah satu-satunya kad kredit yang berlandaskan Perbankan Islam di rantau ini dan ianya tercatat di dalam Malaysian Book of Records.




Sumber :

Malaysian Book of Records



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia