|  
              
              Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang 
              sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu 
              (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan 
              Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai 
              Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali 
              sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran 
              Kebangsaan semenjak hari itu. 
               
              OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU 
            
 
              -  
                
 
                  Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk 
                  perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan 
                  kepada masyarakat.  
                
              -  
                
 
                  Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan 
                  penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.  
                
              -  
                
 
                  Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. 
                   
                
              -  
                
 
                  Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.  
                
              -  
                
 
                  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, 
                  persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari 
                  Guru.  
                
              -  
                
 
                  Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan 
                  Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh 
                  berkesan. 
                
             
             
             ANUGERAH 
              PERTAMA TOKOH GURU (1975)  
               
              Puan Hajah Zainun bte Munshi Sulaiman (Allahyarhamah) 
              Encik Mohd. Nor bin Ahmad  
              Encik Ting Pin Sung  
              Encik A.V. Perumal  
              Encik Tan Chong Bee 
           | 
            | 
           
              
              TEMA-TEMA PERAYAAN HARI GURU 
            
              - 1972 
                - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
 
              - 1973 
                - Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
 
              - 1974 
                - Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi 
 
              - 1975 
                - Guru Dengan Pembangunan Negara
 
              - 1976 
                - Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
 
              - 1977 
                - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 
 
              - 1978 
                - Guru Pembentuk Generasi akan Datang
 
              - 1979 
                - Murid Sejahtera Negara Jaya
 
              - 1980 
                - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
 
              - 1981 
                - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
 
              - 1982 
                - Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
 
              - 1983 
                - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
 
              - 1984 
                - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 
 
              - 1985 
                - Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
 
              - 1986 
                - Pendidikan Teras Nasionalisme
 
              - 1987 
                - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
 
              - 1988 
                - Guru Pengasas Budaya Membaca
 
              - 1989 
                - Guru Pembina Budaya Ilmu 
 
              - 1990 
                - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
 
              - 1991 
                - Ke Arah Pendidikan Cemerlang 
 
              - 1992 
                - Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
 
              - 1993 
                - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 
 
              - 1994 
                - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 
 
              - 1995 
                - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 
 
              - 1996 
                - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 
 
              - 1997 
                - Guru Bestari Sekolah Bestari 
 
              - 1998 
                - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
 
              - 1999 
                - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 
 
              - 2000 
                - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 
 
                 
                  
             
           |