Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada tahun 1905
adalah sekolah menengah berasrama yang pertama untuk pelajar-pelajar
Melayu di negara ini. Pengasas sekolah ini terdiri dari Yamtuan
Muhamad (1888?1933), Sultan Ahmad Al-Nuazanshah (1836-1914), Sultan
Idris Murrshidul Nizan Shah (1849-1916) dan Sultan Alauddin Sulaiman
Shah (1866-1938). Sekolah ini yang asalnya dinamakan Sekolah Asrama
Melayu telah diberi nama Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College
Kuala Kangsar) oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris, sewaktu
baginda merasmikan bangunan konkrit sekolah terunggul ini pada 11
Disember 1909.
Pada peringkat awal, kemasukan ke MCKK dikhaskan kepada anak-anak
raja Melayu dan anak orang-orang bangsawan dari empat negeri iaitu
Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
|
|
Menjelang tahun 1947, pihak British telah melonggarkan syarat kemasukan
kepada anak-anak orang biasa yang mendapat keputusan cemerlang dalam
bidang akademik.
Pada tahun pertama persekolahan, seramai 59 orang pelajar telah
mendaftarkan diri. Antara pelajarnya yang pertama termasuklah Almahum
D.Y.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama. Guru
Besar pertama dilantik mentadbirkan MCKK ialah William Hargreaves
(1905?1918). Kolej ini telah menerbitkan majalahnya yang pertama
pada tahun 1927 sementara persatuan alumninya telah ditubuhkan pada
tahun 1929.
|