Universiti Telekom atau UNITELE merupakan Institusi Pengajian Tinggi
Swasta pertama ditubuhkan dinegara kita iaitu pada November 1996.Penubuhan
UNITELE oleh Syarikat Telekom Malaysia adalah sejajar dengan akta
yang membolehkan penubuhan IPTS oleh pihak swasta . Universiti ini
dikenali pada mulanya sebagai Institute of Telecommunications &
Information Technology ( ITIT ). Pada Mac 1997, Universiti Telekom
telah diarah oleh Kabinet Malaysia untuk menubuhkan Universiti Multimedia
di Cyberjaya bagi menyokong pembangunan projek Koridor Raya Multimedia
di Cyberjaya telah memulakan operasinya pada bulan Jun 1999 dan
dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 9 Julai 1999.
|
|
Universiti ini menerima pelajar dari lebih 30 buah negara termasuk
Afrika Selatan, Bosnia, Ghana, Guinea, Palestine, Mongolia, Saudi
Arabia, China, Bangladesh dan Iran.
Universiti Multimedia ini telah juga mencipta sejarah sebagai universiti
swasta pertama diberi akreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara
(LAN) dalam semua kursus yang dijalankan.
|