| 
              
              Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) atau lebih dikenali dengan
              nama Malay Women?s Training College (MWTC) terletak di Jalan Tun
              Fatimah, Durian Daun, Melaka merupakan Maktab Perguruan pertama
              dan tunggal di negara ini bagi melatih pelajar perempuan sebagai
              guru pelatih. Maktab ini telah dibuka pada 1935 dengan pengetua
              pertamanya, Miss Purdon. Semasa awal penubuhannya, maktab ini hanya
              melatih guru-guru yang berkelulusan darjah enam sahaja. 
          
  | 
            | 
          
              
              Bagaimanapun sejak tahun 70an guru-guru pelatih untuk maktab ini
              di ambil dari mereka yang mempunyai kelulusan setaraf dengan pelatih
              di maktab-maktab perguruan yang ada di seluruh negara. Malah, tenaga
              pensyarah dari golongan lelaki juga mula diambil mengajar di maktab
              ini semenjak tahun 1970.
            
  
          
  |