| 
              
              Usaha ke arah menubuhkan satu Lembaga Perpustakaan Negara dengan
              kuasa eksekutif telah digerakkan oleh The Malayan Library Group
              melalui satu memorandum yang telah dikemukakan pada tahun 1956.
              Mulai 1962, Yayasan Lee telah memulakan tabung Perpustakaan Negara
              dengan sumbangannya sebanyak RM500,000.00.  
               
              Berikutan itu, laporan kajian telah disediakan oleh Arkib Negara
              dan Jawatankuasa Perpustakaan Negara telah diluluskan penubuhannnya
              pada 1966 dengan pengerusi pertamanya Tan Sri Jamil Rais, Setiausaha
              Tetap Jabatan Perdana Menteri. 
               
              Perpustakaan Negara Malaysia telah ditubuhkan sebagai sebuah unit
              bawah Arkib Negara untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-buku
              1966 dan ditempatkan di Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya.  
               
               
              
          
  | 
            | 
          
              
              Pada tahun 1972 melalui Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1972,
              perkhidmatannya telah diperluaskan untuk meliputi perkhidmatan rujukan
              dan beroperasi di Tingkat 6, Bangunan UMBC di Kuala Lumpur.  
               
              Statusnya sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan telah diperolehi
              dalam tahun 1977. Setelah menduduki beberapa premis ke arah menyediakan
              perkhidmatannya kepada awam, Perpustakaan Negara Malaysia telah
              pertama kalinya mendapat bangunannya sendiri di Jalan Tun Razak
              yang telah dirasmikan pada 16 Disember 1994.  
               
               
               
               
               
               
               
               
               
               
              
          
  |