Penang Free School yang terletak di Church Street, Pulau Pinang
merupakan sekolah pertama di Malaysia yang telah dibuka dengan rasminya
pada 20 Oktober 1816. Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha
seorang paderi Inggeris bernama R.S. Hutchings yang telah membuat
rayuan kepada Kompeni Hindia Timur supaya sebuah sekolah untuk anak-anak
yatim tanpa mengira bangsa dibina. Sekolah ini mempunyai 25 orang
murid sewaktu mula-mula dibuka.
|
|
Mereka diajar menggunakan bahasa vernakular Melayu, India dan Cina
dan Bahasa Inggeris diajar kepada murid-murid yang berminat. Pembiayaan
bagi membesarkan sekolah ini pada tahun 1817, telah diterima dari
kutipan derma orang ramai sebanyak MR 12,000.00 dan sumbangan Kompeni
Inggeris sebanyak RM 1,500.00. Pada tahun 1819, pihak Kompeni Inggeris
telah sekali lagi memberikan bantuan kewangan dan sebidang tanah
untuk membina bangunan pertama Penang Free School.
|