Universiti Malaya (UM) mencatatkan rekod sebagai Pusat Pengajian
Tinggi pertama di Malaysia. Upacara menandakan kelahiran UM telah
dilakukan pada 8 Oktober, 1949 di Dewan Raffles College, Singapura,
apabila Raffles College of Medicine diisytiharkan sebagai sebahagian
daripada Universiti Malaya. Penubuhan universiti ini adalah sejajar
dengan kehendak yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Carr?Saunders.
Sir Malcom Mc Donald, Pesuruhjaya Agong British di Asia Tenggara
ketika itu. Dato? Onn Jaafar, Menteri Besar Johor ketika itu telah
dilantik sebagai Pro?Canselor.
|
|
Pada 18 Jun, 1959, Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah dibuka
oleh Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Mohamad, Yang DiPertuan
Agong pertama ketika itu. Dalam tahun 1960 kerajaan persekutuan
Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura mengumunkan untuk menubuhkan
Universiti yang berasingan, satu di Persekutuan dan satu lagi di
Singapura dan mempunyai kuasa otonomi sendiri.
|