Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah disytiharkan sebagai
sebuah universiti pada 1 Mei 1997. Ia adalah Universiti Pendidikan
pertama negara ini. Sejarah UPSI bermula dari 29 November 1992 apabila
The Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers dirasmikan
oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu
pada ketika itu.
Kumpulan pertama penuntut berjumlah 120 orang dan tenaga pengajar
seramai 4 orang. Bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak SITC ditukarkan
nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk
melatih guru-guru sekolah rendah dalam tahun 1957.
|
|
Tradisi sebagai maktab bagi penuntut lelaki sahaja telah dipecahkan
mulai Januari 1975 apabila ia mula menerima 140 orang penuntut perempuan.
Pada tahun 1987, MPSI telah dinaikkan ke taraf institut dan digelar
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)
|