Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan institusi pertama di
negara kita yang menawarkan kursus dalam sains perpustakaan apabila
Fakulti Pengajian Maklumat ditubuhkan di institusi tersebut pada
tahun 1968. Tujuan penubuhanya ialah untuk menyediakan para pelajar
menduduki peperiksaan External Professional Examination of
the Library Association (United Kingdom).
|
|
Apabila pihak Library Association United Kingdom menamatkan pengendalian
peperiksaan tersebut, satu kursus dalaman yang berasaskan kurikulum
tempatan telah diperkenalkan pada Julai 1972. Dari tahun 1992 sehingga
Jun 1999, Fakulti ini telah melalui beberapa perubahan dalam kurikulumnya.
|