Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca
Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat
Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia
sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan
pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan
Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.
|
|
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul
Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca
Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur
sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer;
dan Konvensyen Bercerita Asean.
Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca
Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan
oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.
|