BATU BERSURAT TERENGGANU




Batu Bersurat Terengganu yang di anggarkan telah berusia 697 tahun merupakan batu bersurat yang menpunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama di temui di negara kita. Batu ini di temui separuh tenggelam di terbing Sungai Tersat di Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1903.

 


Catatan yang terkandung pada Batu Bersurat ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama di Terengganu pada tahun 1303. Batu Bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.


Sumber :

Pengetahuan Am Di Malaysia (7) / Ghulam Jie M Khan, 1994.



? 2001 Hak Cipta Terpelihara
Perpustakaan Negara Malaysia